Langkau ke kandungan utama

 Kesan kemarau

 

Kemarau ialah sesuatu keadaan di mana air yang terkandung di dalam tanah berkurangan disebabkan banyak air dikeluarkan daipada tanah tersebut akibat kekurangan hujan dan suhu yang tinggi.  Antara sebab utama adalah kerana tiada turunnya hujan untuk beberapa ketika dan penggunaan terlalu banyak air oleh manusia untuk kegiatan-kegiatan mereka seharian. Dalam kes lain juga kemarau selalunya akibat kekeringan disebabkan oleh kekurangan sumber air pada suatu kawasan dalam masa yang berkepanjangan. Musim kemarau yang panjang akan menyebabkan kekeringan kandungan air tanah akan habis akibat proses pengewapan (evaporasi) atau pun disebabkan oleh penggunaan lain oleh manusia. Kemarau kini menjadi satu bencana dalam kesan terhadap kesihatan manusia dan juga pada sektor pertanian dan ekosistem. Dalam cuaca yang panas matahari akan memancarkan sinaran UV yang kuat dan akan memberi kesan terhadap manusia dan aset iaitu kenderaan, yang warnanya akan memudar apabila terkena sinaran uv yang berpanjangan. Selain itu juga ianya akan menyebabkan pembakaran terbuka seperti di kawasan lalang, belukar dan tapak pembuangan sampah. Dengan itu terdapat beberapa cara untuk mengurangkan kesan kemarau di rumah.

 

Antaranya ialah, dengan memasang awning atau dengan kata lain bumbung tambahan di depan kawasan dan diikuti dengan pemilihan atap yang sesuai. Antara atap yang sesuai untuk dipasang ialah ACP (Aluminium Composite Panels) dan PU Metal. Kedua-dua jenis atap ini mempunyai beberapa kelebihan seperti, cahaya dari luar tidak dapat masuk ke dalam rumah dan suasana di dalam rumah  akan lebih sejuk berbanding di luar rumah. Yang membezakan kedua jenis atap ini hanyalah dari segi harga dan designnya sahaja di mana ACP ruangan bawahnya memantulkan cahaya dan kelihatan lebih moden manakala PU Metal merupakan sejenis atap gentian zink yang mempunyai lapisan foam di bahagian tengah.

 

Seterusnya, dengan memasang awning di depan rumah ianya juga dapat memanjangkan jangka hayat sesuatu harta atau aset  yang berada di kediaman. Contohnya ialah dinding rumah akan terhakis lapisan cat apabila dinding tersebut terkena cahaya matahari dalam jangka masa yang lama. Begitu juga dengan kenderaan kita yang berada  di rumah apabila terkena cahaya matahari dalam waktu yang lama cat akan memudar dan warnanya akan merekah lama kelamaan. Oleh itu dengan adanya  awning di depan rumah  ianya akan menyekat cahaya matahari dari terkena harta dan aset kita tadi dari terkena cahaya matahari.

 

Dengan adanya ruang tambahan yang teduh di kawasan rumah, aktiviti beriadah bersama keluarga dapat dilakukan dengan lebih kerap. Aktiviti seperti bermain basikal,bersantai atau bersenam boleh dilakukan di kawasan teduhan tanpa perlu kwatir akan panas matahari. Tambahan pula pada zaman kini dengan penularan virus baharu iaitu Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. Jadi untuk mengelakkan anak-anak dari bermain di luar lebih baik meluangkan masa bersamanya dengan bermain bersama-sama di depan tanpa keluar dari kawasan rumah.

 

 

Akhir sekali,  syarikat kami iaitu Metal Works Kuantan(MWK) ada membuat tempahan awning dan mempunyai pelbagai jenis atap bukan sahaja acp dan pu metal. Sekiranya ada yang ingin menempah atau ingin bertanyakan soalan  boleh hubungi kami di aplikasi Whatsapp

 

Klik link untuk WhatsApp Metal Works Kuantan

www.wasap.my/60127946196/rakpasu

Semoga urusan kita semua di permudahkan








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AWNING PERGOLA ATAP ACP DI MAK CHILI, KEMAMAN

 Assalamualaikum. Hari ini, kami ingin catatkan dan gambarkan projek atap awning yang kami telah siapkan. Projek ini dilaksanakan di rumah Puan Aini di Kampung mak Chili, Kemaman. Keluasan lebih kurang 21 x 20 kaki yang ingin digunakan sebagai garaj kereta merangkap tempat jamuan tetamu. Puan Aini sebelum ini, kerap menyewa kanopi untuk tujuan kenduri kendara. Pilihan warna kerangka adalah warna putih yang memang cantik dan tampak kemas. Sebelum dicat dengan warna pilihan, kami terlebih dahulu mengecat cat anti rust berwarna merah. Proses pemasangan rangka berjalan dalam 3 hari setelah pembuatan rangka cantuman asas dibuat di bengkel dalam masa 3 hari juga oleh team pembuatan. Bahagian kerangka utama, kami gunakan besi hollow bersaiz 2x4 inci dengan ketebalan 1.6 mm yang juga kami gunakan untuk membuat platform. Setelah selesai semua kerja-kerja mengecat dan touch up, kami pulang dahulu sementara menguruskan tempahan atap ACP atau Aluminium Composite Panel. Gaya potongan kayu larek ada

ATAP AWNING METALDECK

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI Pada minggu ini ,Cik Die nak kongsikan  pemasangan atap metaldeck di Sg. Karang ,Kuantan .Jom lihat gambar pemasangan .Pilihan tuan rumah warna atap metaldeck merah serta menggunakan salur air .

Kira Budget Awning Anda (Di Kuantan, Pahang)

AWNING POLYCARBONATE Anda sedang berkira-kira untuk membuat awning atau atap di rumah anda? Sebelum menempah awning surveylah dulu harga dan bandingkan antara satu bengkel dengan bengkel lain. Awning boleh menggunakan atap polycarbonate (macam plastik) dan besi. Harga atap besi lebih murah dari polycarbonate. Harga-harga yang ditawarkan oleh bengkel-bengkel mungkin berbeza berdasarkan spesifikasi (bahan yang digunakan dan paten) dan lokasi tempahan. Harga awning metaldeck di Kuantan berdasarkan pemerhatian diantara RM12 - RM18 sekaki persegi. Jika awning polycarbonate di antara RM20-RM30 mengikut jenis atap jalur straw atau solid. Jenis straw paling murah, tetapi disebabkan mempunyai ruang udara ia mudah pecah dan kotor di dalamnya (lebih kurang dalam 5-6 tahun) Jika solid, atapnya nipis tetapi padat kerana tiada ruangan udara. Macam mana nak kira? Kirakan panjang dan lebar awning yang hendak dibuat dan darabkan dengan harga yang ditawarkan pengusaha bengkel. Contohnya: Nak buat a