Langkau ke kandungan utama

 [DESIGN ACP VS POLY]


DAH JUMPA? Design Awning ACP atau Poly yang berkenan di hati?

.

Untuk lindungi kereta kesayangan anda, untuk letak ampaian baju, untuk letak sangkar kereta? Encik Azhar (bukan nama sebenar) sudah.

.

Encik Azhar hubungi kami setelah 2 tahun duduki rumah baru. Bila bajet dah cukup, beliau panggil kami untuk beri sebutharga garaj kereta yang bakal merangkap tempat letak kereta, tempat jemuran, tempat letak sangkar kucing, tempat anak-anak bermain di luar rumah dan tempat jamuan apabila beliau adakan majlis apa-apa, termasuk hari raya. Dengan bajet yang ada, beliau memilih kerangka pergola besi saiz 2x4 yang disusun antara 2 kaki dan atap ACP. Kami cadangkan ACP kerana adanya keperluan untuk merasa teduh di siang hari. Atap ACP, akan kelihatan moden, dan tidak tembus cahaya seperti atap polycarbonate.

.

Setelah mendapat kata putus bersama, Encik Azhar segera membayar deposit sebanyak 50% untuk kami mulai kerja. Kerja-kerja kerangka, kami lakukan di bengkel, setelah siap proses mengecat, team pemasangan akan datang untuk membuat pemasangan. Rumah Encik Azhar dapat disiapkan dalam 4 hari berterusan bekerja. Alhamdulillah, dapat lah Encik Azhar memiliki satu ruang untuk pelbagai guna. Kami berikan warranty bocor selama 6 bulan, dan kilang punyai warranty selama 10 tahun kerosakan atap.Menarik bukan? Jika anda seperti Encik Azhar? Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut.

Klik link untuk WhatsApp Metal Works Kuantan

www.wasap.my/60127946196/awning

Semoga urusan kita semua di permudahkan





-ACP(ALUMINIUM COMPOSITE PANEL)



-POLYCARBONATE








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AWNING PERGOLA ATAP ACP DI MAK CHILI, KEMAMAN

 Assalamualaikum. Hari ini, kami ingin catatkan dan gambarkan projek atap awning yang kami telah siapkan. Projek ini dilaksanakan di rumah Puan Aini di Kampung mak Chili, Kemaman. Keluasan lebih kurang 21 x 20 kaki yang ingin digunakan sebagai garaj kereta merangkap tempat jamuan tetamu. Puan Aini sebelum ini, kerap menyewa kanopi untuk tujuan kenduri kendara. Pilihan warna kerangka adalah warna putih yang memang cantik dan tampak kemas. Sebelum dicat dengan warna pilihan, kami terlebih dahulu mengecat cat anti rust berwarna merah. Proses pemasangan rangka berjalan dalam 3 hari setelah pembuatan rangka cantuman asas dibuat di bengkel dalam masa 3 hari juga oleh team pembuatan. Bahagian kerangka utama, kami gunakan besi hollow bersaiz 2x4 inci dengan ketebalan 1.6 mm yang juga kami gunakan untuk membuat platform. Setelah selesai semua kerja-kerja mengecat dan touch up, kami pulang dahulu sementara menguruskan tempahan atap ACP atau Aluminium Composite Panel. Gaya potongan kayu larek ada

ATAP AWNING METALDECK

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI Pada minggu ini ,Cik Die nak kongsikan  pemasangan atap metaldeck di Sg. Karang ,Kuantan .Jom lihat gambar pemasangan .Pilihan tuan rumah warna atap metaldeck merah serta menggunakan salur air .

Kira Budget Awning Anda (Di Kuantan, Pahang)

AWNING POLYCARBONATE Anda sedang berkira-kira untuk membuat awning atau atap di rumah anda? Sebelum menempah awning surveylah dulu harga dan bandingkan antara satu bengkel dengan bengkel lain. Awning boleh menggunakan atap polycarbonate (macam plastik) dan besi. Harga atap besi lebih murah dari polycarbonate. Harga-harga yang ditawarkan oleh bengkel-bengkel mungkin berbeza berdasarkan spesifikasi (bahan yang digunakan dan paten) dan lokasi tempahan. Harga awning metaldeck di Kuantan berdasarkan pemerhatian diantara RM12 - RM18 sekaki persegi. Jika awning polycarbonate di antara RM20-RM30 mengikut jenis atap jalur straw atau solid. Jenis straw paling murah, tetapi disebabkan mempunyai ruang udara ia mudah pecah dan kotor di dalamnya (lebih kurang dalam 5-6 tahun) Jika solid, atapnya nipis tetapi padat kerana tiada ruangan udara. Macam mana nak kira? Kirakan panjang dan lebar awning yang hendak dibuat dan darabkan dengan harga yang ditawarkan pengusaha bengkel. Contohnya: Nak buat a