Langkau ke kandungan utama

 HFMD

HFMD ialah sejenis Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand Foot Mouth Disease, HFMD) yang lazimnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun. Ianya disebabkan oleh virus daripada kumpulan enterovirus yang tergolong di dalam keluarga picornavirus. Sebanyak 67 serotypes manusia yang terdiri daripada 3 serotypes poliovirus, 23 serotypes Coxsackie A, 6 serotypes Coxsackie B, 31 serotypes Echovirus dan enterovirus 68 hingga 71. Daripada kumpulan enterovirus tersebut, majoriti jangkitan adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71.

 

Penyakit HFMD ini berpunca daripada pergaulan kanak – kanak secara bebas ketika mereka bermain di taman permainan atau di rumah. Hal ini kerana Kanak – kanak berkemungkinan bersentuhan dengan mereka yang telah dijangkiti penyakit HMFD ini sehingga menyebabkan virus tersebut berpindah secara sentuhan, lelehan hingus, air liur dan sebagainya. Penyakit ini juga membuatkan kanak – kanak akan demam, tidak selera makan, mendapatkan ulser dan ruam pada bahagian kaki, tangan dan punggung. HFMD ini akan menjadi lebih teruk apabila tibanya musim kemarau nanti ianya kerana cuaca yang terlampau panas akan membuat kanak – kanak yang terkena jangkitan berasa tidak selesa dan lesu.

 

Bagi mengelakkan daripada anak – anak terjangkiti dengan penyakit HFMD Ibu bapa perlulah banyak meluangkan masa dengan anak mereka di rumah berbanding di luar supaya anak – anak tidak merasa bosan dan inggin bermain di luar rumah. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga harus menghadkan aktiviti di luar contohnya, taman permainan, pasaraya dan tempat awam supaya kebolehjangkitan penyakit HFMD ini bekurang. Seterusnya, ibu bapa harus mengajar anak mereka supaya membasuh tangan setiap kali lepas main dan sentiasa menjaga kebersihan pada diri. Mengurangkan pergaulan dengan kanak – kanak luar juga merupakan salah satu cara yang terbaik bagi menghindari penyakit HFMD ini.

 

Cara – cara untuk meluangkan masa dengan anak – anak di rumah ialah ibu bapa boleh menyediakan peralatan seperti buaian atau gazebo untuk diletakkan di laman rumah. Hal ini serba sedikit dapat membantu kanak – kanak tidak bosan berada di rumah kerana mereka mempunyai tempat bermain bersama ibu dan bapa. Kanak – kanak juga tidak akan merasa jemu dan tertekan. Buaian juga boleh dijadikan tempat bermain dan bersantai pada waktu petang. Manakala dengan adanya gazebo pula ibu bapa boleh membuat aktiviti santai seperti mewarna, bermain ballon, berkelah atau minum petang bersama anak – anak.

 

Selain beriadah, ibu bapa juga boleh memperkenalkan hobi baru kepada anak – anak seperti menanam bunga di taman dan menyusunnya di rak pasu ataupun memelihara haiwan seperti kucing, arnab, burung dan sebagainya. Hobi ini sangat membantu anak – anak untuk mempunyai sifat kasih sayang dan baik hati terhadap binatang sekaligus mengajar anak untuk lebih bertangungjawab dalam menjalankan amanah. Mempunyai hobi juga mampu menghadkan waktu anak-anak daripada terus bermain gajet sepanjang hari. Akhir sekali, ibu bapa boleh menyediakan ruang tambahan untuk dijadikan tempat bersantai pada waktu petang ataupun tempat makan keluarga bersama – sama di kawasan luar rumah. Hal ini sangat membantu anak – anak untuk terus aktif beraktiviti dengan pengawasan minima sekaligus menghindar gejala penyakit berjangkit seperti HFMD dan Covid -19.

 

Sekiranya ada yang ingin menempah atau ingin bertanyakan soalan  boleh hubungi kami di aplikasi Whatsapp

 

Klik link untuk WhatsApp Metal Works Kuantan

www.wasap.my/60127946196/buaian

moga urusan kita semua di permudahkan



-BUAIAN CINDERELLA  BERBUMBUNG



-BUAIAN CINDERELLA TIDAK BERBUMBUNG






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AWNING PERGOLA ATAP ACP DI MAK CHILI, KEMAMAN

 Assalamualaikum. Hari ini, kami ingin catatkan dan gambarkan projek atap awning yang kami telah siapkan. Projek ini dilaksanakan di rumah Puan Aini di Kampung mak Chili, Kemaman. Keluasan lebih kurang 21 x 20 kaki yang ingin digunakan sebagai garaj kereta merangkap tempat jamuan tetamu. Puan Aini sebelum ini, kerap menyewa kanopi untuk tujuan kenduri kendara. Pilihan warna kerangka adalah warna putih yang memang cantik dan tampak kemas. Sebelum dicat dengan warna pilihan, kami terlebih dahulu mengecat cat anti rust berwarna merah. Proses pemasangan rangka berjalan dalam 3 hari setelah pembuatan rangka cantuman asas dibuat di bengkel dalam masa 3 hari juga oleh team pembuatan. Bahagian kerangka utama, kami gunakan besi hollow bersaiz 2x4 inci dengan ketebalan 1.6 mm yang juga kami gunakan untuk membuat platform. Setelah selesai semua kerja-kerja mengecat dan touch up, kami pulang dahulu sementara menguruskan tempahan atap ACP atau Aluminium Composite Panel. Gaya potongan kayu larek ada

ATAP AWNING METALDECK

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI Pada minggu ini ,Cik Die nak kongsikan  pemasangan atap metaldeck di Sg. Karang ,Kuantan .Jom lihat gambar pemasangan .Pilihan tuan rumah warna atap metaldeck merah serta menggunakan salur air .

Kira Budget Awning Anda (Di Kuantan, Pahang)

AWNING POLYCARBONATE Anda sedang berkira-kira untuk membuat awning atau atap di rumah anda? Sebelum menempah awning surveylah dulu harga dan bandingkan antara satu bengkel dengan bengkel lain. Awning boleh menggunakan atap polycarbonate (macam plastik) dan besi. Harga atap besi lebih murah dari polycarbonate. Harga-harga yang ditawarkan oleh bengkel-bengkel mungkin berbeza berdasarkan spesifikasi (bahan yang digunakan dan paten) dan lokasi tempahan. Harga awning metaldeck di Kuantan berdasarkan pemerhatian diantara RM12 - RM18 sekaki persegi. Jika awning polycarbonate di antara RM20-RM30 mengikut jenis atap jalur straw atau solid. Jenis straw paling murah, tetapi disebabkan mempunyai ruang udara ia mudah pecah dan kotor di dalamnya (lebih kurang dalam 5-6 tahun) Jika solid, atapnya nipis tetapi padat kerana tiada ruangan udara. Macam mana nak kira? Kirakan panjang dan lebar awning yang hendak dibuat dan darabkan dengan harga yang ditawarkan pengusaha bengkel. Contohnya: Nak buat a