Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

Balkoni Bertambah Besar Dengan Tambahan Platform

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Catatan kali ini, kami paparkan sebuah projek balkoni yang asalnya kecil hanya berfungsi sebagai look out sahaja, kini telah menjadi tempat santai rehat bagi pemilik rumah atau lebih tepat lagi pemilik bilik. Balkoni ini asalnya bersambung dari bilik utama tuan rumah di Perumahan Cherry, Indera Mahkota, Kuantan.  Jika dilihat keluasan asal adalah bersaiz 3 kaki di tambah lagi 3 kaki ke hadapan, kini boleh memuatkan kerusi rehat yang boleh dijadikan ruangan berehat sambil minum. kerangka platform, kami gunakan besi berketebalan 1.6mm dengan saiz besi 2"x4" dikimpal dengan jarak rapat . Level lantai disamakan dan dipasang dengan kayu tahan lasak, diberikan sealer dan seterusnya di sapu cat varnis. Kelebihan rumah ini, beam konkritnya sangat kukuh dan sesuai untuk ditambah platform. Penambahan railing juga dibuat setelah railing asal dipindahkan ke hadapan.  Akhirnya, pasti ada tambahan atap kerana asalnya atap yang pendek untuk balkoni. Pili

AWNING PERGOLA ATAP ACP DI MAK CHILI, KEMAMAN

 Assalamualaikum. Hari ini, kami ingin catatkan dan gambarkan projek atap awning yang kami telah siapkan. Projek ini dilaksanakan di rumah Puan Aini di Kampung mak Chili, Kemaman. Keluasan lebih kurang 21 x 20 kaki yang ingin digunakan sebagai garaj kereta merangkap tempat jamuan tetamu. Puan Aini sebelum ini, kerap menyewa kanopi untuk tujuan kenduri kendara. Pilihan warna kerangka adalah warna putih yang memang cantik dan tampak kemas. Sebelum dicat dengan warna pilihan, kami terlebih dahulu mengecat cat anti rust berwarna merah. Proses pemasangan rangka berjalan dalam 3 hari setelah pembuatan rangka cantuman asas dibuat di bengkel dalam masa 3 hari juga oleh team pembuatan. Bahagian kerangka utama, kami gunakan besi hollow bersaiz 2x4 inci dengan ketebalan 1.6 mm yang juga kami gunakan untuk membuat platform. Setelah selesai semua kerja-kerja mengecat dan touch up, kami pulang dahulu sementara menguruskan tempahan atap ACP atau Aluminium Composite Panel. Gaya potongan kayu larek ada