Apa itu atap ACP(Alluminium Composite Panel)
Atap memainkan peranan penting dalam pembinaan sesuatu kediaman, atap berfungsi untuk
melindungi penghuni rumah dari gangguan cuaca, terdapat pelbagai jenis atap yang berada dipasaran
masa kini, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Antara material atap
yang sering menjadi pilihan pelanggan Metal Works Kuantan ialah atap papan komposit alluminium
atau lebih dikenali sebagai ACP.
Jom kenal ACP dengan lebih dekat.
ACP atau nama penuhnya Alluminium Composite Panel merupakan atap alluminium rata dan tidak
boleh digulung. Atap jenis ini tidak telus cahaya dan tidak menyerap haba membuatkan kediaman
kurang panas. Sesuai dengan keaadaan cuaca di Malaysia yang sering hujan dan panas.
Material atap ini tidak menyerap bunyi hujan, ianya mampu mengurangkan bising detik air ketika
hujan lebat. Atap ACP menjadikan rumah kelihatan lebih modern dan kemas, sesuai dengan reka
bentuk kebanyakkan rumah yang terdapat di Malaysia.
Atap jenis ini tidak mudah rosak dan mampu bertahan sehingga 10 ke 13 tahun. Pelanggan juga
dilindungi dengan waranti daripada pihak kami selama setahun dan waranti atap daripada pihak
kilang selama 6 tahun.
Untuk sebarang pertanyaan boleh tekan link di bawah atau terus ke fb page kami di Metal Works
Kuantan
:- www.wasap.my/60127946196/awning
Semoga urusan kita dipermudahkan hendaknya.
Ulasan