Betul, dulu-dulu kebanyakkan perumahan menggunakan atap zink. Dari zink yang pendek-pendek, sudah ada atap zink yang panjang, biasanya dipanggil zink kilang (metaldeck). Atap metaldeck biasanya dibeli dengan kiraan per kaki panjang dengan lebar 2 kaki setengah. Pemilihan atap awning biasanya dilakukan mengikut keperluan pengguna.
Biar kami ceritakan kisah pelanggan kami Tuan Zali dari Kemaman, Terengganu. Mempunyai sebuah rumah teres 2 tingkat dan ianya rumah corner lot. Mempunyai ruang yang agak luas, yang ingin digunakan sebagai garaj kereta dan ruang serbaguna meletak barangan dan menyambut tetamu. Dibahagian atas, terdapat satu pintu sliding yang agak terdedah di bilik utama.
Lalu cadangan beliau, ingin membuat awning di hadapan pintu sliding yang agak terdedah kepada cahaya matahari dan tempias hujan ketika hujan berangin. Pilihan beliau atap pu metal yang merupakan atap metaldeck yang di inovasi supaya tidak lagi mengeluarkan bunyi bising ketika hujan. Bahang panas juga tidak terasa seperti metaldeck biasa kerana ianya mempunyai lapisan pu foam (span).
Bagi bahagian bawah, beliau membuat awning agak luas sekeliling yang membuatkan garaj kereta kelihatan sangat luas yang juga sesuai dijadikan ruang menyambut tetamu ketika diadakan majlis.
Tuan Zali mahukan atap yang tahan lama dan mudah penyelanggaraan. Atap zink (metaldeck) memang telah diketahui amat mudah membaiki kebocoran dan penggantiannya di masa hadapan boleh dilakukan sendiri atau ramai tukang-tukang rumah yang boleh melakukan.
Ulasan