Langkau ke kandungan utama

 Nak tau apa yang cetus kami mula buat sangkar kucing?

Ceritanya begini,
Ada seorang kakak ni kami namakan Kak Ani (bukan nama sebenar) , dia wassap tanya, boleh ke tolong dia buatkan sangkar kucing. Masa ni kami tersangat sibuk dengan buat gril rumah. Jadi, kami tolak dengan cara baik. Beberapa hari kemudian, kak Ani tiba-tiba telefon. Nada suara memanglah sedih, hampir nak menangis. Atau mungkin dia memang dah nangis sebelum tu.
Kak Ani mengadu, mak dia dah 2 hari tak berapa tidur. Kak Ani pula bukan orang Kuantan, mak je orang Kuantan. Itu yang dia risau je memanjang. Jauh di mata dekat di hati. Kami hairan juga, apa pula kaitan kami dengan mak dia. Tambah berdebar, Kak Ani salahkan kami sebab tak sudi bantu saudara seislam sebangsa.
Walau tau kami tak bersalah, kami tetap minta maaf. Kak Ani, tukar nada sedih, katanya mak Kak Ani tak lena tidur tunggu kucing kesayangan yang jadi peneman hidup sejak pemergian ayah, tak balik-balik rumah dah 2 malam. Kak Ani pula satu-satunya anak. Nak balik, baru je ambil cuti sebulan dalam pkp. Dah belikan sangkar siap jual kat kedai yang buatan Chi. na tu, pakai seminggu, dah tercabut roda. Mak suka tarik sana sini, dah teman dia kan. Pintu dia jadi renggang, ikat dengan tali rafia, magiknya, boleh keluar juga kucing nakal mak Kak Ani.
Macam tulah ceritanya. Kami buatkanlah satu untuk mak kak Ani. Gembira juga, dapat selesaikan masalah orang.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kira Budget Awning Anda (Di Kuantan, Pahang)

AWNING POLYCARBONATE Anda sedang berkira-kira untuk membuat awning atau atap di rumah anda? Sebelum menempah awning surveylah dulu harga dan bandingkan antara satu bengkel dengan bengkel lain. Awning boleh menggunakan atap polycarbonate (macam plastik) dan besi. Harga atap besi lebih murah dari polycarbonate. Harga-harga yang ditawarkan oleh bengkel-bengkel mungkin berbeza berdasarkan spesifikasi (bahan yang digunakan dan paten) dan lokasi tempahan. Harga awning metaldeck di Kuantan berdasarkan pemerhatian diantara RM12 - RM18 sekaki persegi. Jika awning polycarbonate di antara RM20-RM30 mengikut jenis atap jalur straw atau solid. Jenis straw paling murah, tetapi disebabkan mempunyai ruang udara ia mudah pecah dan kotor di dalamnya (lebih kurang dalam 5-6 tahun) Jika solid, atapnya nipis tetapi padat kerana tiada ruangan udara. Macam mana nak kira? Kirakan panjang dan lebar awning yang hendak dibuat dan darabkan dengan harga yang ditawarkan pengusaha bengkel. Contohnya: Nak buat a...

PINTU PAGAR ALUMINIUM + WROUGHT IRON

Assalamualaikum dan selamat pagi .. .. Entri kali ini kami paparkan pemasangan pintu pagar aluminium + wrought iron . Warna pilihan tuan rumah coklat seakan kayu serta ditambah dengan bunga padi hasil rekaan tuan rumah sendiri . Alhamdulillah , tuan rumah berpuas hati . Kami metalworks Kuantan mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah . Kalau ada yang mahu buat pagar serta ada design tersendiri ?Insya allah kami boleh bantu .

PAGAR KERAWANG

TEMPAHAN PAGAR KERAWANG PEMASANGAN PAGAR KERAWANG DI BANDAR DAMANSARA,KUANTAN . MATERIAL BESI CAT POWDER COATING WARNA HITAM LICIN .