397 RUMAH DI KUANTAN telah memasang awning pergola atap ACP!
Kenapa pergola? Pergola guna besi kasar bersaiz 2'x4' dengan ketebalan 1.6mm. Susunan serapat 2 kaki, ada beberapa design boleh buat. Design ala potongan kayu, design I Beam, Design 3 tiang, Design Tergantung, Design Kerawang Ketupat dan macam-macam lagi.Aaah, pedulikan semua itu, yang penting, dah ada tempat santai untung pelbagai kegunaan. Tuan rumah, katanya nak buat tempat santai anak-anak bermain, membaca, buat kerja sekolah, dan boleh buat tempat santai berbual beramah mesra dengan jiran-jiran. Masak cekodok taugeh, buat air kopi, ajak jiran makan petang. Moh! Rapatkan silaturrahim.
Persediaan ni! Sedia nak nyambut tetamu berkunjung di hari lebaran. Tak lama dah ramadhan, Insya Allah, dapatnya sambut raya. Kalau pun tak dibenarkan buat rumah terbuka besar-besaran, mesti dibolehkan buat untuk keluarga terdekat, jiran tetangga, tak pun sekadar menyambut tetamu-tetamu kecil yang datang bawa rezeki tapi minta duit raya ...
Atap ACP ni, elok pasang warna putih dibawah, supaya membawa sinar cahaya ... taklah kelam sangat rumah. Boleh juga tambah lampu-lampu lip lap, lampu comel pelbagai rupa bentuk. Kalau musim panas, rasa tetap teduh. Kalau hujan, tidaklah berbunyi seperti batu bertaburan di atas zink.
Tambahkan kerawang di mana berkenan di hati, pelbagai saiz, sebagai hiasan atas, sebagai divider, atau tempat pokok anggur menjalar. Biar team kami cadangkan design yang berkenan di hati, hubungi tau.
Ulasan