Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2022
  ((Pandan Aman, Kuantan, siap!)) Siap sepenuhnya dah awning pergola atap acp yang teduh, moden, kukuh dan cantik di Taman Pandan Aman, Kuantan. Dah boleh rancang apa nak letak bawah awning. Plan tempat santai harian, letak meja kerusi taman. Anak-anak gembira dapat santai membaca, berbual minum petang bersama keluarga. Petang-petang boleh tegur jiran sebelah bertanya khabar. Rajin sikit, ajak minum petang. Pss ... pss ... raya nanti boleh buat rumah terbuka. Letak hidangan bawah pergola ni je. Tak risau nanti kecahkan rumah. Ruang dalam rumah khas untuk tour sahaja, DILARANG MAKAN dalam rumah. Dah buat cantik-cantik decornya kan. Hihi ... Tanya team Cik Di untuk info lanjut.
  397 RUMAH DI KUANTAN telah memasang awning pergola atap ACP! Kenapa pergola? Pergola guna besi kasar bersaiz 2'x4' dengan ketebalan 1.6mm. Susunan serapat 2 kaki, ada beberapa design boleh buat. Design ala potongan kayu, design I Beam, Design 3 tiang, Design Tergantung, Design Kerawang Ketupat dan macam-macam lagi.  Aaah, pedulikan semua itu, yang penting, dah ada tempat santai untung pelbagai kegunaan. Tuan rumah, katanya nak buat tempat santai anak-anak bermain, membaca, buat kerja sekolah, dan boleh buat tempat santai berbual beramah mesra dengan jiran-jiran. Masak cekodok taugeh, buat air kopi, ajak jiran makan petang. Moh! Rapatkan silaturrahim. Persediaan ni! Sedia nak nyambut tetamu berkunjung di hari lebaran. Tak lama dah ramadhan, Insya Allah, dapatnya sambut raya. Kalau pun tak dibenarkan buat rumah terbuka besar-besaran, mesti dibolehkan buat untuk keluarga terdekat, jiran tetangga, tak pun sekadar menyambut tetamu-tetamu kecil yang datang bawa rezeki tapi minta du
  ((TERBARU)) Warga Chukai Kemaman! Awning Pergola Atap ACP siap pemasangan. Asalnya, terbuka, tanpa atap. Tiang dan beam konkrit dah ada, mungkin dari atap lama atau memang buat khas untuk di pasang awning. Tuan rumah dalam perancangan menambahbaik rumah sewanya. Sikit-sikit lama-lama akan jadi cantiklah.  Lihat je lah kerangka pergola pilihan tuan rumah, nampak kukuh, dengan potongan ala kayu dihujung. Pilihan atap, warna putih dibawah, memang menambah seri. Menambah kecerahan rumah. Nah, sekarang penyewa dah ada garaj kereta berbumbung yang bukan hanya untuk melindungi kereta dari hujan panas, bahkan telah memberi ruang teduh untuk anak-anak penyewa bermain. Bahkan, boleh dijadikan ruangan santai menyambut tetamu di hari lebaran akan tiba nanti. Pasti ramai yang memuji, pasti ada yang akan bertanya. Jangan lupa, bantu juga rakan, jiran, dan keluarga untuk dapatkan suasana dirumah lebih selesa dengan pemasangan awning pergola atap acp.

PU Metal Solution Terkini Bagi Mudah Maintenance

 Betul, dulu-dulu kebanyakkan perumahan menggunakan atap zink. Dari zink yang pendek-pendek, sudah ada atap zink yang panjang, biasanya dipanggil zink kilang (metaldeck). Atap metaldeck biasanya dibeli dengan kiraan per kaki panjang dengan lebar 2 kaki setengah. Pemilihan atap awning biasanya dilakukan mengikut keperluan pengguna.  Biar kami ceritakan kisah pelanggan kami Tuan Zali dari Kemaman, Terengganu. Mempunyai sebuah rumah teres 2 tingkat  dan ianya rumah corner lot. Mempunyai ruang yang agak luas, yang ingin digunakan sebagai garaj kereta dan ruang serbaguna meletak barangan dan menyambut tetamu. Dibahagian atas, terdapat satu pintu sliding yang agak terdedah di bilik utama. Lalu cadangan beliau, ingin membuat awning di hadapan pintu sliding yang agak terdedah kepada cahaya matahari dan tempias hujan ketika hujan berangin. Pilihan beliau atap pu metal yang merupakan atap metaldeck yang di inovasi supaya tidak lagi mengeluarkan bunyi bising ketika hujan. Bahang panas juga tidak
  Nak tau apa yang cetus kami mula buat sangkar kucing? Ceritanya begini, Ada seorang kakak ni kami namakan Kak Ani (bukan nama sebenar) , dia wassap tanya, boleh ke tolong dia buatkan sangkar kucing. Masa ni kami tersangat sibuk dengan buat gril rumah. Jadi, kami tolak dengan cara baik. Beberapa hari kemudian, kak Ani tiba-tiba telefon. Nada suara memanglah sedih, hampir nak menangis. Atau mungkin dia memang dah nangis sebelum tu. Kak Ani mengadu, mak dia dah 2 hari tak berapa tidur. Kak Ani pula bukan orang Kuantan, mak je orang Kuantan. Itu yang dia risau je memanjang. Jauh di mata dekat di hati. Kami hairan juga, apa pula kaitan kami dengan mak dia. Tambah berdebar, Kak Ani salahkan kami sebab tak sudi bantu saudara seislam sebangsa. Walau tau kami tak bersalah, kami tetap minta maaf. Kak Ani, tukar nada sedih, katanya mak Kak Ani tak lena tidur tunggu kucing kesayangan yang jadi peneman hidup sejak pemergian ayah, tak balik-balik rumah dah 2 malam. Kak Ani pula satu-satunya anak