Viral Dah PU Metal di Pantai Timur!
Awning Pergola Design Atap PU Metal dah sampai PSJ Sg Karang, Kuantan. Siap pemasangan dengan salur air yang disorok di belakang H Beam. Awning ni guna design jenis pergola H Beam ( besi hadapan yang dibentuk seperti huruf H). Warna pilihan adalah, warna hitam (black matte) bagi kerangka dan warna atas atap, kelabu. Semua PU Metal didatangkan dengan warna putih bersih di bahagian kemasan bawah.Metal Works Kuantan hanya gunakan besi kerangka 2"x4" dengan ketebalan minima 1.6mm. Ini menjadikan kerangka pergola boleh tahan kukuh bertahun-tahun lamanya.
Pelanggan memilih PU Metal atas faktor penyelenggaraan yang hampir tidak perlu dibuat. Atapnya didatangkan dengan span tebal yang menyerap bunyi dan haba. Jadi tiada bunyi bising waktu hujan dan suasana teduh dapat dinikmati ketika matahari memancar.
Awning pergola yang dipasang, kini menjadi pelindung kepada pintu pagar dari hujan dan panas. Yang paling penting, ruangan hadapan rumah bukan sahaja berfungsi sebagai garaj kereta, namun juga sudah boleh dijadikan ruangan santai anak-anak bermain, membaca, berbual, membaiki motorsikal juga menjemur pakaian.
Ramai yang tukarkan sebahagian hadapan sebagai ruangan menyambut tetamu dengan meletakkan kerusi meja taman, pokok hiasan atau pasu bunga. Jika memelihara binatang peliharaan seperti kucing, arnab, hamster, sangatlah sesuai diletakkan sangkar di sini.Jangan lupa hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.
Ulasan