KENANGAN INDAHI!
Setelah 2 tahun tanpa kemeriahan perayaan,kini rakyat Malaysia kembali menyambut kehadiran bulan mulia dengan penuh kemeriahan.Aidilfitri disambut dengan penuh meriah,aktiviti kunjung mengunjung dan rumah terbuka kembali menceriakan suasana, walaupun ramai masih terasa kehilangan insan tersayang akibat penangan covid-19, bulan mulia tetap diraikan dengan penuh kesyukuran. Allhamdullilah
Baru-baru ini hadir seorang pelanggan ke kedai kami,kehadiran beliau ingin menempah rak pasu orkid bersaiz 5ft Panjang dan 3ft lebar serta tinggi 6.5 ft. katanya sewaktu sambutan Aidilfitri baru ini 3 pasu bunganya pecah gara-gara anak tetamu bermain di laman, hendak dimarah bimbang memuramkan suasana, hanya mampu tersenyum melihat pasu bunga yang dibeli ole arwah
suaminya sewaktu bercuti di Jakarta berderai. Kenangan indah gurau senda sewaktu bersama arwah suaminya memilih pasu bunga bermain di fikiran, rindu yang tak sudah kembali bertandang
Mungkin bagi sesetengah orang sekadar pasu bunga apalah sangat, pecah boleh dibeli baru atau dibayar ganti rugi. Tetapi bagi si pemilik, apa yang penting ialah nilai sentimental sesuatu barang. Beliau akui silap beliau juga tidak merapikan kawasan laman agar lebih tersusun, hendak dimarah budak tidaklah sepenuhnya,apa yang berlaku diangga p pengajaran buat semua.
Berikutan raya haji yang bakal menjelang tiba,diharapkan dengan adanya rak pasu ini bolehlah mengurangkan risiko sesuatu tak dijangka. Melihat rak pasu yang kukuh siap dengan tempat gantung pasu orkid, tersenyum lebar beliau ketika menerima penghantaran. Alhamdullilah,semoga raya AidilAdha bakal menjelang diraikan lebih bermakna.
Sekiranya ada yang ingin menempah rak pasu berbumbung bole hubungi kami di aplikasi Whatsapp dan tekan link di bawah,
www.wasap.my/60127946196/rakpasu
www.wasap.my/60127946196/rakpasu
www.wasap.my/60127946196/rakpasu
Ulasan