Langkau ke kandungan utama

Catatan

LAGI CONTOH AWNING PERGOLA STYLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni kami ingin kongsikan lagi beberapa gambar pembuatan awning pergola style yang telah kami siapkan. Ini adalah projek di Taman Bukit Istana, Kuantan, Pahang. Pelanggan ini memilih penambahan tiang dari jenis I Beam dan dilakukan footing. Jadi terdapat kos tambahan di situ. Atap yang dipilih pula dari jenis skylight iaitu jenis clear seperti kaca. Pelanggan turut membuat penambahan pada sekeliling pergola dengan menambah kekisi angin yang berwarna putih.

PROMOSI POTONGAN HARGA AWNING POLYCARBONATE PERGOLA STYLE

Salam semua. Mulai 15 Mac 2014, kami mula memberikan potongan 50% diskaun untuk tempahan awning Pergola style tetapi hanya tertakluk untuk kawasan Kuantan, Pekan, Maran, dan Kemaman. Untuk lain-lain tempat yang berhampiran yang tidak disebutkan, kami mungkin boleh pertimbangkan sekiranya tempahan memenuhi saiz minima yang diperlukan. Berikut adalah beberapa tempahan yang telah siap dipasang.  Jarak besi utama 2-2.5 kaki menggunakan hollow 4x2.

AWNING PERGOLA STYLE

Corak Tempahan Yang Mulai Popular 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada entri kali ini saya ingin kongsikan corak paling diminati oleh pelanggan-pelanggan Roshdi Enterprise di Kuantan, Pahang pada tahun 2013 ini. Ini berdasarkan kepada pemerhatian kami sepanjang hampir tiga bulan ini.  Stail yang dipilih masih lagi stail Jepun, dengan corak daun. Kami namakan ia Stail Jepun Corak Daun Menjalar. Gambar dibawah adalah Gril Stail Jepun Corak Daun Menjalar corak di tengah. Gril pintu dan sliding door   Gril sliding door Gril pintu dengan pilihan warna putih.

Roshdirohiah.com - Metal Works @ https://www.facebook.com/MetalWorksKuantan

Lama sungguh tidak menulis di sini, gara-gara penangan fan page facebook yang telah menghuru-harakan bisnes kami. Kedatangan tahun baru 2013 sungguh bermakna dengan sedikit ujian dariNya. Sebagai orang yang masih belajar dalam bidang perniagaan, kami sentiasa mencuba alat-alat pemasaran yang baru.Itulah sebabnya kami wujudkan fan page kami di https://www.facebook.com/MetalWorksKuantan untuk kami siarkan makluman, hebahan, promosi dan produk-produk kami. Dengan sabar mula mengumpul LIKE yang mana hingga kini baru menjangkau 800++. Itu semua melibatkan kos-kos seperti membangunkan fan page, tukar cover, kena tipu naikkan like, octopost (aps yang menolong membuat post secara berjadual) fb ads yang masih berjalan berjumlah hampir RM1000. Alhamdulillah 3 ke 4 bulan selepas itu membuahkan hasil dengan pelanggan mula datang ke bengkel besi kami dari maklumat fb. Kiraan secara agak-agak, hampir RM50,000 dari projek gril rumah, awning, gate dan baru sebentar terima deposit untuk projek awni

Pemasangan Grill 3 Rumah di Pandan Aman, Jalan Airport Kuantan

Kami bersyukur kerana telah berjaya mendapat tempahan gril dan awning di Taman Pandan Aman, Jalan Airport Kuantan. Sebanyak 3 buah rumah kami perolehi dengan pengedaran flyers dan penggantungan bunting di taman tersebut. Sebuah rumah telah sempurna pemasangannya, sebuah rumah tinggal beberapa buah gril lagi perlu pemasangan kerana tuan rumah sedang membesarkan rumahnya. Sebuah lagi masih dalam pembuatan di bengkel kami. Pintu sliding 4 daun sebelum pemasangan gril pintu sliding Selepas pemasangan. Tuan rumah memilih pemasangan dihadapan sedikit dengan menutup sehingga ke siling Tingkap bilik dari luar Corak klasik Rumah ke 2 bagi tingkap bilik...perhatikan terdapat satu tingkap kecemasan yang perlu dimangga. Cari Break Glass Key Holder untuk menyimpan kunci anak mangga agar dikala kecemasan anda tau dimana mencari. Jenis fit ke dalam frame....kemas Lubang angin di bilik ketiga yang agak besar.... Pandangan luar dapur sebelum pemasangan g

KEPERLUAN PENTING KESELAMATAN

Kebanyakkan rumah di Malaysia akan memasang gril keselamatan dengan pelbagai sebab yang telah semua persetujui. Kami sebagai pengeluar gril keselamatan turut merasa bertanggungjawab atas keselamatan pelanggan. Jika dengan tujuan keselamatan dari pecah rumah, kami turut nasihatkan agar diadakan cover mangga kalis umpil. Untuk tujuan persediaan kebakaran, kami nasihatkan pelanggan menempah gril tingkap yang boleh dibuka. Terdapat pelbagai jenis yang dicadangkan oleh pihak bomba, antaranya yang tidak dimangga yang boleh dibuka dengan senang oleh semua penghuni termasuk warga tua dan kanak-kanak kecil. Gril seperti ini boleh anda dapati di klinik-klinik komuniti di sekitar kuantan. Ini adalah link wajib yang perlu anda baca untuk keselamatan keluarga anda. (www.bombaphg.gov.my) Walaubagaimanapun kami menyediakan gril tingkap boleh buka yang perlu dipasang mangga. Bagaimana pula penyimpanan anak kuncinya? Kami nasihatkan anda mendapatkan pemegang gelas (break glass key holder) sep