Langkau ke kandungan utama

Roshdirohiah.com - Metal Works @ https://www.facebook.com/MetalWorksKuantan

Lama sungguh tidak menulis di sini, gara-gara penangan fan page facebook yang telah menghuru-harakan bisnes kami. Kedatangan tahun baru 2013 sungguh bermakna dengan sedikit ujian dariNya.

Sebagai orang yang masih belajar dalam bidang perniagaan, kami sentiasa mencuba alat-alat pemasaran yang baru.Itulah sebabnya kami wujudkan fan page kami di https://www.facebook.com/MetalWorksKuantan untuk kami siarkan makluman, hebahan, promosi dan produk-produk kami.

Dengan sabar mula mengumpul LIKE yang mana hingga kini baru menjangkau 800++. Itu semua melibatkan kos-kos seperti membangunkan fan page, tukar cover, kena tipu naikkan like, octopost (aps yang menolong membuat post secara berjadual) fb ads yang masih berjalan berjumlah hampir RM1000. Alhamdulillah 3 ke 4 bulan selepas itu membuahkan hasil dengan pelanggan mula datang ke bengkel besi kami dari maklumat fb. Kiraan secara agak-agak, hampir RM50,000 dari projek gril rumah, awning, gate dan baru sebentar terima deposit untuk projek awning poly yang bernilai lebih RM16000.

Inilah rupa cover page fan page kami. Diharap coretan ini dapat menambah sedikit ilmu pemasaran pembaca di luar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kira Budget Awning Anda (Di Kuantan, Pahang)

AWNING POLYCARBONATE Anda sedang berkira-kira untuk membuat awning atau atap di rumah anda? Sebelum menempah awning surveylah dulu harga dan bandingkan antara satu bengkel dengan bengkel lain. Awning boleh menggunakan atap polycarbonate (macam plastik) dan besi. Harga atap besi lebih murah dari polycarbonate. Harga-harga yang ditawarkan oleh bengkel-bengkel mungkin berbeza berdasarkan spesifikasi (bahan yang digunakan dan paten) dan lokasi tempahan. Harga awning metaldeck di Kuantan berdasarkan pemerhatian diantara RM12 - RM18 sekaki persegi. Jika awning polycarbonate di antara RM20-RM30 mengikut jenis atap jalur straw atau solid. Jenis straw paling murah, tetapi disebabkan mempunyai ruang udara ia mudah pecah dan kotor di dalamnya (lebih kurang dalam 5-6 tahun) Jika solid, atapnya nipis tetapi padat kerana tiada ruangan udara. Macam mana nak kira? Kirakan panjang dan lebar awning yang hendak dibuat dan darabkan dengan harga yang ditawarkan pengusaha bengkel. Contohnya: Nak buat a...

PINTU PAGAR ALUMINIUM + WROUGHT IRON

Assalamualaikum dan selamat pagi .. .. Entri kali ini kami paparkan pemasangan pintu pagar aluminium + wrought iron . Warna pilihan tuan rumah coklat seakan kayu serta ditambah dengan bunga padi hasil rekaan tuan rumah sendiri . Alhamdulillah , tuan rumah berpuas hati . Kami metalworks Kuantan mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah . Kalau ada yang mahu buat pagar serta ada design tersendiri ?Insya allah kami boleh bantu .

PAGAR KERAWANG

TEMPAHAN PAGAR KERAWANG PEMASANGAN PAGAR KERAWANG DI BANDAR DAMANSARA,KUANTAN . MATERIAL BESI CAT POWDER COATING WARNA HITAM LICIN .