Langkau ke kandungan utama

Catatan

Panduan Membuat Bajet Gril

Kira Bajet Gril Dan Pagar Rumah Baru by   Rohiah Binti Abdul Jalil   on Thursday, 02 June 2011 at 21:33         Saya nak bagi panduan macam mana nak buat bajet gril bagi yang baru beli rumah. Harganya tentulah berbeza-beza ikut negeri, jenis besi dan kompleksnya rekaan yang dipilih. Secara amnya ada dua kategori gril yang ditawarkan oleh pembekal/ pengusaha bengkel besi. Besi biasa yang terdiri dari besi hollow, string paip, round bar, plat bar. Besi tebal sikit dipanggil wrought iron yang mempunyai gerigi di setiap tepinya.          Gril menggunakan besi biasa bercorak petak biasa, besi bulat berpusing (string paip) biasanya di Pahang berharga diantara RM9 - RM12 sekaki persegi untuk tingkap dan RM12-RM15 sekaki persegi untuk sliding door. Cara nak darabkannya, anda kira panjang dan lebar tingkap anda (contoh: 4 kaki x 4 kaki = 16 kaki persegi) dan darab je dengan harga yang diberi (contohnya: RM12 x 16 kps =  RM192 harga satu tingkap) macam tulah juga untuk

Kira Budget Awning Anda (Di Kuantan, Pahang)

AWNING POLYCARBONATE Anda sedang berkira-kira untuk membuat awning atau atap di rumah anda? Sebelum menempah awning surveylah dulu harga dan bandingkan antara satu bengkel dengan bengkel lain. Awning boleh menggunakan atap polycarbonate (macam plastik) dan besi. Harga atap besi lebih murah dari polycarbonate. Harga-harga yang ditawarkan oleh bengkel-bengkel mungkin berbeza berdasarkan spesifikasi (bahan yang digunakan dan paten) dan lokasi tempahan. Harga awning metaldeck di Kuantan berdasarkan pemerhatian diantara RM12 - RM18 sekaki persegi. Jika awning polycarbonate di antara RM20-RM30 mengikut jenis atap jalur straw atau solid. Jenis straw paling murah, tetapi disebabkan mempunyai ruang udara ia mudah pecah dan kotor di dalamnya (lebih kurang dalam 5-6 tahun) Jika solid, atapnya nipis tetapi padat kerana tiada ruangan udara. Macam mana nak kira? Kirakan panjang dan lebar awning yang hendak dibuat dan darabkan dengan harga yang ditawarkan pengusaha bengkel. Contohnya: Nak buat a

More Products

Rumah Kucing Di Bukit Istana, Kuantan.

Products

ULASAN BOMBA TENTANG JERIJI KESELAMATAN

Jeriji Keselamatan (Grill) Masalah berhubung kesan pemasangan grille (jeriji) telah banyak diperkatakan, khususnya tentang kebaikan dan keburukkannya kepada penghuni rumah terutama di waktu kecemasan. Fungsi jeriji ini berubah mengikut situasi dari aspek keselamatan pelepasan diri. Ia memberikan kesan buruk jika rekabentuk dan cara pemasangan tidak diberikan perhatian. Kes-kes kematian kerana mangsa terperangkap disebabkan halangan jeriji semakin kerap terjadi. Faktor utama yang menyebabkan insiden mangsa terperangkap telah dikenalpasti oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia . Ia adalah seperti berikut : ·                                  Pemasangan jeriji tingkap kecemasan jenis statik atau tetap ·                                  Pemasangan jeriji tingkap kecemasan jenis bermangga / kunci Jumlah mangsa terkorban akan meningkat selagi tidak diambil langkah-langkah yang positif dan pro-aktif bagi mengelakkan kejadian mangsa terperangkap ketika kebakaran. Isu dan Permasalahan ·