Langkau ke kandungan utama

ULASAN BOMBA TENTANG JERIJI KESELAMATAN

Jeriji Keselamatan (Grill)


Masalah berhubung kesan pemasangan grille (jeriji) telah banyak diperkatakan, khususnya tentang kebaikan dan keburukkannya kepada penghuni rumah terutama di waktu kecemasan.
Fungsi jeriji ini berubah mengikut situasi dari aspek keselamatan pelepasan diri. Ia memberikan kesan buruk jika rekabentuk dan cara pemasangan tidak diberikan perhatian. Kes-kes kematian kerana mangsa terperangkap disebabkan halangan jeriji semakin kerap terjadi.
Faktor utama yang menyebabkan insiden mangsa terperangkap telah dikenalpasti oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Ia adalah seperti berikut :
·                                 Pemasangan jeriji tingkap kecemasan jenis statik atau tetap
·                                 Pemasangan jeriji tingkap kecemasan jenis bermangga / kunci
Jumlah mangsa terkorban akan meningkat selagi tidak diambil langkah-langkah yang positif dan pro-aktif bagi mengelakkan kejadian mangsa terperangkap ketika kebakaran.

Isu dan Permasalahan
·                                 Terdapat kepercayaan umum bahawa kebakaran tidak akan berlaku di kediaman mereka. Perhatian terhadap kaedah-kaedah keselamatan jeriji tingkap semasa kecemasan yang sesuai dan berkesan untuk menyelamatkan diri sering tidak dititikberatkan.
·                                 Risiko terperangkap didalam rumah kediaman jenis 2 dan 3 tingkat adalah lebih tinggi berbanding dengan rumah jenis setingkat kerana faktor jarak perjalanan (travel distance) yang lebih jauh dan sukar. Tetapi ini tidak bererti rumah setingkat lebih selamat sekiranya laluan kecemasan terhalang oleh bahan-bahan mudah terbakar dan pitu serta tingkap dipasang dengan jeriji jenis tetap
·                                 Kaedah-kaedah keselamatan kebakaran sepatutnya bermula daripada peringkat perancangan pembinaan rumah dan lebih-lebih lagi semasa rumah itu diduduki.
·                                 Terdapat banyak bangunan komersil dan rumah memasang pintu dan tingkap dengan jeriji jenis tetap sebagai langkah menghalang pencerobohan. Walaupun mengetahui risiko penggunaanya.
·                                 Faktor keselamatan (safety and security) jeriji tingkap kecemasan perlu diambil kira supaya ada keseimbangan untuk di pasang dijenis-jenis projek perumahan seperti berikut:
-  Rumah kediaman pekerja (asrama)
-  Rumah teres (konkrik) 1,2 dan 3 tingkat.
-  Rumah kelompok (cluster) 4 unit.
-  Rumah pangsa kos rendah/sederhana.

Pemasangan Jeriji yang Sesuai
Rekabentuk dan ciri-ciri keselamatan yang diperlukan adalah seperti berikut:
·                                 Jeriji tanpa kunci yang mudah di buka dari dalam premis ketika kebakaran.
·                                 Sistem pengunciannya perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
Mudah dibuka oleh orang dewasa, tua dan kanak-kanak termasuk orang kurang upaya seperti cacat anggota (berkerusi roda) dan sebagainya.
Tidak berkarat.
Tahan lama dan tidak perlu penyelenggaraan yang rumit.
Salah satu unsur terpenting ketika membuka jeriji tingkap kecemasan adalan sistem penguncian. Oleh yang demikian bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kerosakan, sistem pembukaan seharusnya tidak mengandungi sebarang komponen yang memerlukan penyelenggaraan rapi
Pemasangan jeriji tingkap kecemasan sesuai ditempatkan di lokasi seperti berikut:
·                                 Bilik tidur.
·                                 Ruang tamu.
·                                 Tempat lain yang dikenalpasti oleh jabatan bomba dan penyelamat Malaysia sebagai laluan kecemasan ketika kebakaran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AWNING PERGOLA ATAP ACP DI MAK CHILI, KEMAMAN

 Assalamualaikum. Hari ini, kami ingin catatkan dan gambarkan projek atap awning yang kami telah siapkan. Projek ini dilaksanakan di rumah Puan Aini di Kampung mak Chili, Kemaman. Keluasan lebih kurang 21 x 20 kaki yang ingin digunakan sebagai garaj kereta merangkap tempat jamuan tetamu. Puan Aini sebelum ini, kerap menyewa kanopi untuk tujuan kenduri kendara. Pilihan warna kerangka adalah warna putih yang memang cantik dan tampak kemas. Sebelum dicat dengan warna pilihan, kami terlebih dahulu mengecat cat anti rust berwarna merah. Proses pemasangan rangka berjalan dalam 3 hari setelah pembuatan rangka cantuman asas dibuat di bengkel dalam masa 3 hari juga oleh team pembuatan. Bahagian kerangka utama, kami gunakan besi hollow bersaiz 2x4 inci dengan ketebalan 1.6 mm yang juga kami gunakan untuk membuat platform. Setelah selesai semua kerja-kerja mengecat dan touch up, kami pulang dahulu sementara menguruskan tempahan atap ACP atau Aluminium Composite Panel. Gaya potongan kayu larek ada

ATAP AWNING METALDECK

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI Pada minggu ini ,Cik Die nak kongsikan  pemasangan atap metaldeck di Sg. Karang ,Kuantan .Jom lihat gambar pemasangan .Pilihan tuan rumah warna atap metaldeck merah serta menggunakan salur air .

Kira Budget Awning Anda (Di Kuantan, Pahang)

AWNING POLYCARBONATE Anda sedang berkira-kira untuk membuat awning atau atap di rumah anda? Sebelum menempah awning surveylah dulu harga dan bandingkan antara satu bengkel dengan bengkel lain. Awning boleh menggunakan atap polycarbonate (macam plastik) dan besi. Harga atap besi lebih murah dari polycarbonate. Harga-harga yang ditawarkan oleh bengkel-bengkel mungkin berbeza berdasarkan spesifikasi (bahan yang digunakan dan paten) dan lokasi tempahan. Harga awning metaldeck di Kuantan berdasarkan pemerhatian diantara RM12 - RM18 sekaki persegi. Jika awning polycarbonate di antara RM20-RM30 mengikut jenis atap jalur straw atau solid. Jenis straw paling murah, tetapi disebabkan mempunyai ruang udara ia mudah pecah dan kotor di dalamnya (lebih kurang dalam 5-6 tahun) Jika solid, atapnya nipis tetapi padat kerana tiada ruangan udara. Macam mana nak kira? Kirakan panjang dan lebar awning yang hendak dibuat dan darabkan dengan harga yang ditawarkan pengusaha bengkel. Contohnya: Nak buat a