Langkau ke kandungan utama

KENANGAN INDAH RAK PASU ORKID BERBUMBUNG NETTING

KENANGAN INDAH!!



Setelah 2 tahun tanpa kemeriahan perayaan,kini rakyat Malaysia kembali menyambut kehadiran bulan mulia dengan penuh kemeriahan.Aidilfitri disambut dengan penuh meriah,aktiviti kunjung mengunjung dan rumah terbuka kembali menceriakan suasana,walaupun ramai masih terasa kehilangan insan tersayang akibat penangan covid-19, bulan mulia tetap diraikan dengan penuh kesyukuran. Allhamdullilah.

Baru-baru ini hadir seorang pelanggan ke kedai kami,kehadiran beliau ingin menempah rak pasu orkid bersaiz 5ft Panjang dan 3ft lebar serta tinggi 6.5 ft. katanya sewaktu sambutan Aidilfitri baru ini 3 pasu bunganya pecah gara-gara anak tetamu bermain di laman, hendak dimarah bimbang memuramkan suasana, hanya mampu tersenyum melihat pasu bunga yang dibeli oleh arwah suaminya sewaktu bercuti di Jakarta berderai. Kenangan indah gurau senda sewaktu bersama arwah suaminya memilih pasu bunga bermain di fikiran,rindu yang tak sudah kembali bertandang.

 Mungkin bagi sesetengah orang sekadar pasu bunga apalah sangat, pecah boleh dibeli baru atau dibayar ganti rugi. Tetapi bagi si pemilik, apa yang penting ialah nilai sentimental sesuatu barang. Beliau akui silap beliau juga tidak merapikan kawasan laman agar lebih tersusun, hendak dimarah budak tidaklah sepenuhnya,apa yang berlaku dianggap pengajaran buat semua.

Berikutan raya haji yang bakal menjelang tiba,diharapkan dengan adanya rak pasu ini bolehlah mengurangkan risiko sesuatu tak dijangka. Melihat rak pasu yang kukuh siap dengan tempat gantung pasu orkid,tersenyum lebar beliau ketika menerima penghantaran. Alhamdullilah,semoga raya AidilAdha bakal menjelang diraikan lebih bermakna.

Sekiranya ada yang ingin menempah rak pasu berbumbung boleh hubungi kami di aplikasi Whatsapp

Klik link untuk WhatsApp  Metal Works Kuantan

www.wasap.my/60127946196/rakpasu

Semoga urusan kita semua di permudahkan

#gambarsekadariklan

#rakpasuviral

#lamanindah




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AWNING PERGOLA ATAP ACP DI MAK CHILI, KEMAMAN

 Assalamualaikum. Hari ini, kami ingin catatkan dan gambarkan projek atap awning yang kami telah siapkan. Projek ini dilaksanakan di rumah Puan Aini di Kampung mak Chili, Kemaman. Keluasan lebih kurang 21 x 20 kaki yang ingin digunakan sebagai garaj kereta merangkap tempat jamuan tetamu. Puan Aini sebelum ini, kerap menyewa kanopi untuk tujuan kenduri kendara. Pilihan warna kerangka adalah warna putih yang memang cantik dan tampak kemas. Sebelum dicat dengan warna pilihan, kami terlebih dahulu mengecat cat anti rust berwarna merah. Proses pemasangan rangka berjalan dalam 3 hari setelah pembuatan rangka cantuman asas dibuat di bengkel dalam masa 3 hari juga oleh team pembuatan. Bahagian kerangka utama, kami gunakan besi hollow bersaiz 2x4 inci dengan ketebalan 1.6 mm yang juga kami gunakan untuk membuat platform. Setelah selesai semua kerja-kerja mengecat dan touch up, kami pulang dahulu sementara menguruskan tempahan atap ACP atau Aluminium Composite Panel. Gaya potongan kayu larek ada

ATAP AWNING METALDECK

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI Pada minggu ini ,Cik Die nak kongsikan  pemasangan atap metaldeck di Sg. Karang ,Kuantan .Jom lihat gambar pemasangan .Pilihan tuan rumah warna atap metaldeck merah serta menggunakan salur air .

Kira Budget Awning Anda (Di Kuantan, Pahang)

AWNING POLYCARBONATE Anda sedang berkira-kira untuk membuat awning atau atap di rumah anda? Sebelum menempah awning surveylah dulu harga dan bandingkan antara satu bengkel dengan bengkel lain. Awning boleh menggunakan atap polycarbonate (macam plastik) dan besi. Harga atap besi lebih murah dari polycarbonate. Harga-harga yang ditawarkan oleh bengkel-bengkel mungkin berbeza berdasarkan spesifikasi (bahan yang digunakan dan paten) dan lokasi tempahan. Harga awning metaldeck di Kuantan berdasarkan pemerhatian diantara RM12 - RM18 sekaki persegi. Jika awning polycarbonate di antara RM20-RM30 mengikut jenis atap jalur straw atau solid. Jenis straw paling murah, tetapi disebabkan mempunyai ruang udara ia mudah pecah dan kotor di dalamnya (lebih kurang dalam 5-6 tahun) Jika solid, atapnya nipis tetapi padat kerana tiada ruangan udara. Macam mana nak kira? Kirakan panjang dan lebar awning yang hendak dibuat dan darabkan dengan harga yang ditawarkan pengusaha bengkel. Contohnya: Nak buat a