Langkau ke kandungan utama

MENCARI PEKERJA BAGI JAWATAN JURUKIMPAL & PEKERJA AM

Memandangkan perniagaan kami sedang berkembang maju, kami amat memerlukan tambahan pekerja bagi jawatan welder (jurukimpal) dan pekerja am. Bidang-bidang tugas jurukimpal tentulah untuk menyiapkan tempahan gril, awning, pagar dan sebagainya. Kami mempunyai 2 team iaitu team bengkel yang biasanya menyiapkan kerja-kerja tempahan consumer/ pelanggan rumah. Calon-calon tidak semestinya pandai membuat tempahan tanpa pengawasan, cukup sekadar pandai mengimpal dengan cantik dan kemas. Walaubagaimanapun jika terdapat calon yang pandai, ianya satu kelebihan dan tentulah gajinya lebih.
Team yang ke 2 adalah team yang menyiapkan tempahan kontrak yang biasanya lebih banyak berada di luar. Tempahan yang biasanya diterima adalah railing tanki, pintu gate, structure kilang, garaj. Pada ketika ini kami sedang sibuk dengan projek kontrak di Muadzam Shah. Al-hamdulillah.
Jika anda mahu menimba pengalaman dari A to Z berhubunglah dengan kami. Jika anda rajin, dalam masa 2 tahun, anda mampu membuka bengkel besi anda sendiri.
Sesiapa yang tahu sesiapa yang tinggal di Kuantan memerlukan pekerjaan...war-warkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kira Budget Awning Anda (Di Kuantan, Pahang)

AWNING POLYCARBONATE Anda sedang berkira-kira untuk membuat awning atau atap di rumah anda? Sebelum menempah awning surveylah dulu harga dan bandingkan antara satu bengkel dengan bengkel lain. Awning boleh menggunakan atap polycarbonate (macam plastik) dan besi. Harga atap besi lebih murah dari polycarbonate. Harga-harga yang ditawarkan oleh bengkel-bengkel mungkin berbeza berdasarkan spesifikasi (bahan yang digunakan dan paten) dan lokasi tempahan. Harga awning metaldeck di Kuantan berdasarkan pemerhatian diantara RM12 - RM18 sekaki persegi. Jika awning polycarbonate di antara RM20-RM30 mengikut jenis atap jalur straw atau solid. Jenis straw paling murah, tetapi disebabkan mempunyai ruang udara ia mudah pecah dan kotor di dalamnya (lebih kurang dalam 5-6 tahun) Jika solid, atapnya nipis tetapi padat kerana tiada ruangan udara. Macam mana nak kira? Kirakan panjang dan lebar awning yang hendak dibuat dan darabkan dengan harga yang ditawarkan pengusaha bengkel. Contohnya: Nak buat a...

PAGAR KERAWANG

TEMPAHAN PAGAR KERAWANG PEMASANGAN PAGAR KERAWANG DI BANDAR DAMANSARA,KUANTAN . MATERIAL BESI CAT POWDER COATING WARNA HITAM LICIN . 

PAGAR IDAMAN RAMAI

  Hi Assalamualaikum, selamat pagi 🌞 Semoga harini lebih baik dari hari semalam   Projek: Pagar Verticle powder coat aluminium panel Lokasi: Bukit Istana    Alhamdulillah, siap sudah pemasangan pagar di Astana Permai ni 🥰 Customer ni pilih design sendiri ✨ Pagar verticle powder coat aluminium panel ni kita guna material yang berkualiti tinggi. Pagar verticle yang dihiasi dengan aluminium corak kayu 🤩🤩🤩 Cantik kan ? 😍 Maka dengan ini, tambah lagi koleksi design pagar Cik Die 🤣🤲🏻   🏠 Haaaa yang tengah tengok post Cik Die ni, rumah tu dah ada pintu pagar ke belum 🤔 Ada yang nak buat pintu pagar baru atau ada yang nak tukar pintu pagar lama ke pagar baru ? Meh singgah page Cik Die, cuci-cuci mata tengok design pagar yang kita pernah pasang.. Banyak design-design yang terkini dan moden untuk kesesuaian rumah, memang cantik dan berpuas hati. Kalau ada berkenan dengan design lain pun kita boleh buat 👍🏻👍🏻👍🏻   Boleh whatsapp ...