Kami sedang perkenalkan sistem kenalkan pelanggan, sistem ini sepatutnya kenalkan pelanggan dan apabila pelanggan bersetuju, dan membayar deposit, kami bayar komisen kepada yang memperkenalkan. Tiada wang yang boleh di kutip oleh orang yang memperkenalkan. Semua deposit yang diterima kami, akan kami keluarkan resit bayaran. Jangan membayar jika tiada resit dikeluarkan. Jangan terpedaya dengan kata-kata "resit tertinggal" "akan dikeluarkan di pejabat" dan sebagainya. Kami akan melaporkan kepada polis sekiranya terdapat aduan dari pelanggan.
Assalamualaikum. Hari ini, kami ingin catatkan dan gambarkan projek atap awning yang kami telah siapkan. Projek ini dilaksanakan di rumah Puan Aini di Kampung mak Chili, Kemaman. Keluasan lebih kurang 21 x 20 kaki yang ingin digunakan sebagai garaj kereta merangkap tempat jamuan tetamu. Puan Aini sebelum ini, kerap menyewa kanopi untuk tujuan kenduri kendara. Pilihan warna kerangka adalah warna putih yang memang cantik dan tampak kemas. Sebelum dicat dengan warna pilihan, kami terlebih dahulu mengecat cat anti rust berwarna merah. Proses pemasangan rangka berjalan dalam 3 hari setelah pembuatan rangka cantuman asas dibuat di bengkel dalam masa 3 hari juga oleh team pembuatan. Bahagian kerangka utama, kami gunakan besi hollow bersaiz 2x4 inci dengan ketebalan 1.6 mm yang juga kami gunakan untuk membuat platform. Setelah selesai semua kerja-kerja mengecat dan touch up, kami pulang dahulu sementara menguruskan tempahan atap ACP atau Aluminium Composite Panel. Gaya potongan kayu larek ada
Ulasan