Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Corak Tempahan Yang Mulai Popular 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada entri kali ini saya ingin kongsikan corak paling diminati oleh pelanggan-pelanggan Roshdi Enterprise di Kuantan, Pahang pada tahun 2013 ini. Ini berdasarkan kepada pemerhatian kami sepanjang hampir tiga bulan ini.  Stail yang dipilih masih lagi stail Jepun, dengan corak daun. Kami namakan ia Stail Jepun Corak Daun Menjalar. Gambar dibawah adalah Gril Stail Jepun Corak Daun Menjalar corak di tengah. Gril pintu dan sliding door   Gril sliding door Gril pintu dengan pilihan warna putih.

Roshdirohiah.com - Metal Works @ https://www.facebook.com/MetalWorksKuantan

Lama sungguh tidak menulis di sini, gara-gara penangan fan page facebook yang telah menghuru-harakan bisnes kami. Kedatangan tahun baru 2013 sungguh bermakna dengan sedikit ujian dariNya. Sebagai orang yang masih belajar dalam bidang perniagaan, kami sentiasa mencuba alat-alat pemasaran yang baru.Itulah sebabnya kami wujudkan fan page kami di https://www.facebook.com/MetalWorksKuantan untuk kami siarkan makluman, hebahan, promosi dan produk-produk kami. Dengan sabar mula mengumpul LIKE yang mana hingga kini baru menjangkau 800++. Itu semua melibatkan kos-kos seperti membangunkan fan page, tukar cover, kena tipu naikkan like, octopost (aps yang menolong membuat post secara berjadual) fb ads yang masih berjalan berjumlah hampir RM1000. Alhamdulillah 3 ke 4 bulan selepas itu membuahkan hasil dengan pelanggan mula datang ke bengkel besi kami dari maklumat fb. Kiraan secara agak-agak, hampir RM50,000 dari projek gril rumah, awning, gate dan baru sebentar terima deposit untuk projek awni