Langkau ke kandungan utama

Catatan

Projek Garaj Kereta Risda Negeri Pahang

Ini adalah satu lagi projek 2012 yang baru siap. Projek menukar atap garaj kereta Pengarah Pejabat Risda Negeri Pahang. Atap jenis metaldeck separuh bulat berwarna biru.

Khidmat Nasihat tentang Gril

Berikut adalah maklum balas dari pembaca blog kami. Tujuan dipaparkan disini adalah untuk panduan dan bantuan kepada yang mencari maklumat. Kepada Puan Norazila jika ini adalah kesalahan, kami mohon maaf dan kami akan buang dari blog kami. Salam En. Roshdi, Saya Norazila Othman dari Skudai, Johor mempunyai masalah yang berkaitan dengan tempahan grill. Semalam saya ada menghubungi En. tetapi isteri En yang menjawap panggilan saya. Sudila kiranya En. memberi cadangan atau pandangan terhadap permasalahan saya berkaitan grill ni. Sebarang cadangan dan kos grill En boleh taipkan pada attachment file saya then send kembali kepada saya untuk memudahkan rujukan saya kelak.  Saya juga ingin memohon maaf kerana terpaksa mendapatkan khidmat En. melalui kaedah maya walaupun jauh seolah-olah di Johor tidak ada pakar dalam pembuatan grill tetapi setelah membaca blog En. saya tertarik untuk berkongsi masalah grill ini dengan En.meskipun jauh. Saya berharap ia tidak menjadi kebera

Projek Structure Baru - Kilang Baja Rompin

Alhamdulillah di awal tahun, kami telah menerima satu lagi kerja structure iaitu di Rompin. Walaupun secara sub dari seorang kontraktor, InsyaAllah ia menguntungkan. Kerja-kerja masih di peringkat awalan. Pekerja-pekerja baru dalam proses memotong dan welding. 2 minggu di bengkel, baru boleh pasang....Rompin here we come. Besi 1st batch  sampai I-Beam dah sampai. Kerja-kerja menurunkan I-Beam Sewa forklift untuk turunkan besi

RUMAH TAMU AL WARDAH KG SERI DAMAI, KUANTAN

PERGI KE www.rumahtamualwardah.blogspot.com 

Projek Awning Metaldeck

Sepanjang 2011, ramai pelanggan memilih untuk menempah awning jenis atap metaldeck (seakan zink) yang kosnya agak murah berbanding awning jenis atap polycarbonate (seakan plastik). Di awal 2012 ini kami telah menerima beberapa tempahan awning jenis ini yang kesemuanya berwarna merah. Di Balok Perdana, Kuantan Awning belakang untuk letak ampai di Permatang Badak, Kuantan Pandangan Tepi Di Bukit Setongkol, Kuantan Pekerja kami berhati-hati memasang awning di tingkat 2 rumah teres.

Grille Dan Pagar Bunga Serumpun Untuk Banglo di Pekan, Pahang

Kami baru selesai memasang grille rumah dan pagar di sebuah rumah banglo di Pekan, Pahang. Pilihan tuan rumah adalah grille dan pagar bunga ros jenis serumpun yang dicat celoreng emas. Ciri-ciri grille yang dibuat mengikut dikehendaki tuan rumah adalah grille fit ke dalam frame dan pagar buka dua jenis tolak ke tepi.

KAMI BANGGA

Keratan Sinar Harian Hasil dari penyertaan kami di Klinik Usahawan Dr Azizan, kami ada memberi komen tentang situasi perniagaan kami selepas itu di facebook Marketing Power. Sungguh gembira kami berdua apabila membaca Akhbar Sinar Harian 11 September 2011, komen kami telah disiarkan di akhbar tersebut. Kami anggapkan ini juga satu promosi percuma yang telah Dr Azizan berikan kepada kami. Terima Kasih Dr Azizan... Banyak pencapaian dan perubahan yang kami buat sepanjang 2011. Perniagaan kami makin rancak, bengkel akan sentiasa dikunjungi pelanggan, suami makin sibuk menjawab telefon, membuat kuotation (ukur grille, awning dan sebagainya), bertemu pelanggan hampir setiap malam (terpaksa relakan demi kemajuan perniagaan kami), pekerja pula tak berhenti tugasan (kalau sebelum ini, ada hari kami terpaksa bagi cuti tanpa gaji), kami berjaya bagi bonus kepada pekerja, dan kami berpindah ke rumah baru (buat dua buah rumah simple; satu kami duduk, satu untuk homestay - belum beroperas

Pekerja Kami

Gembira sungguh pekerja kami apabila diberikan T-shirt baru yang dengan design lebih santai dan simple. Semoga mereka ini akan lebih berdedikasi menjalankan tugas. Dari kiri: Roshdi (Pengurus), Fauzi, Angah (Supervisor), Hussin, Abang Mad, Edi (duduk)..tiada dalam gambar; Wadi Roshdi dan isteri (Rohiah) Yes! Terbaek....