Langkau ke kandungan utama

Catatan

RUMAH TAMU AL WARDAH KG SERI DAMAI, KUANTAN

PERGI KE www.rumahtamualwardah.blogspot.com 

Projek Awning Metaldeck

Sepanjang 2011, ramai pelanggan memilih untuk menempah awning jenis atap metaldeck (seakan zink) yang kosnya agak murah berbanding awning jenis atap polycarbonate (seakan plastik). Di awal 2012 ini kami telah menerima beberapa tempahan awning jenis ini yang kesemuanya berwarna merah. Di Balok Perdana, Kuantan Awning belakang untuk letak ampai di Permatang Badak, Kuantan Pandangan Tepi Di Bukit Setongkol, Kuantan Pekerja kami berhati-hati memasang awning di tingkat 2 rumah teres.

Grille Dan Pagar Bunga Serumpun Untuk Banglo di Pekan, Pahang

Kami baru selesai memasang grille rumah dan pagar di sebuah rumah banglo di Pekan, Pahang. Pilihan tuan rumah adalah grille dan pagar bunga ros jenis serumpun yang dicat celoreng emas. Ciri-ciri grille yang dibuat mengikut dikehendaki tuan rumah adalah grille fit ke dalam frame dan pagar buka dua jenis tolak ke tepi.

KAMI BANGGA

Keratan Sinar Harian Hasil dari penyertaan kami di Klinik Usahawan Dr Azizan, kami ada memberi komen tentang situasi perniagaan kami selepas itu di facebook Marketing Power. Sungguh gembira kami berdua apabila membaca Akhbar Sinar Harian 11 September 2011, komen kami telah disiarkan di akhbar tersebut. Kami anggapkan ini juga satu promosi percuma yang telah Dr Azizan berikan kepada kami. Terima Kasih Dr Azizan... Banyak pencapaian dan perubahan yang kami buat sepanjang 2011. Perniagaan kami makin rancak, bengkel akan sentiasa dikunjungi pelanggan, suami makin sibuk menjawab telefon, membuat kuotation (ukur grille, awning dan sebagainya), bertemu pelanggan hampir setiap malam (terpaksa relakan demi kemajuan perniagaan kami), pekerja pula tak berhenti tugasan (kalau sebelum ini, ada hari kami terpaksa bagi cuti tanpa gaji), kami berjaya bagi bonus kepada pekerja, dan kami berpindah ke rumah baru (buat dua buah rumah simple; satu kami duduk, satu untuk homestay - belum beroperas

Pekerja Kami

Gembira sungguh pekerja kami apabila diberikan T-shirt baru yang dengan design lebih santai dan simple. Semoga mereka ini akan lebih berdedikasi menjalankan tugas. Dari kiri: Roshdi (Pengurus), Fauzi, Angah (Supervisor), Hussin, Abang Mad, Edi (duduk)..tiada dalam gambar; Wadi Roshdi dan isteri (Rohiah) Yes! Terbaek....

GETARAN TAHUN BARU 2012

Tahun baru 2012, kami nantikan dengan semangat perjuangan yang berkobar-kobar. Mahu rasakan sesuatu yang baru, kami buat "signboard" baru...tshirt baru (belum sampai lagi)....Say Yes...Yes...Yes.... Pandangan tepi banner baru di bengkel Besar sikit....cantik Kerja-kerja menaikkan signboard baru Ikat betul-betul...musim berangin ni Wah, dah siap pasang! Tahun 2012 pasti tahun yang membawa kejayaan buat kami. Amin.... Dari flyover depan KIPSAS pasti nampak jelas. Masuk, masuk......pelanggan masuk.

Pilihan Grille Paling Popular Ketika Ini

Di Kuantan, pilihan grille rumah style Jepun paling popular. Style ini menggunakan besi dikimpal berbaris boleh menggunakan besi hollow biasa atau hollow wrought iron. Ada yang menempah kosong begitu dan ada juga yang menambah bunga di atasnya atau di tepi. Pelbagai pilihan bunga dan daun boleh menyerikan grille rumah. Gambar-gambar di atas adalah sebahagian kreativiti pelanggan sendiri.