Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kerja Besi Di Masjid Tok Sira

Awal bulan Disember 2011, kami berpeluang membekalkan penutup longkang dan rak kasut di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Tok Sira. Masjid ini telah diubahsuai oleh seorang rakan kami dan tentulah jika ada projek besi pasti kami tidak akan dilupakan. Penutup longkang yang kami bekalkan lebih kurang 400 kaki dan 3 buah rak kasut 3 tingkat.

CIRI-CIRI PERCUMA DITAWARKAN KEPADA PELANGGAN

Bagi setiap tempahan grille satu rumah, pelanggan kami akan ditawarkan secara percuma ciri-ciri keselamatan seperti "COVER TELINGA MANGGA", "TINGKAP BILIK UTAMA BOLEH BUKA", "SLIDING DOOR BOLEH BUKA" dan "GRILLE FIT KE DALAM FRAME" Lihatlah gambar ini, adakah ia memenuhi keperluan anda? Keselamatan dan keselesaan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami.

Grille String Paip Biasa

Ini adalah salah satu pilihan terbaik untuk pembeli rumah baru ; Grille String Paip Besi Biasa. Harganya pula adalah antara termurah kerana harga besinya berpatutan dan besi juga tidak banyak digunakan. Walaupun coraknya macam penjara tetapi ianya agak sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil kerana dapat mengurangkan aktiviti memanjat .

GRILLE FIT KE DALAM FRAME TINGKAP

Tercetus dari salah seorang pelanggan kami yang agak detail, yang tidak mahu grille rumah yang menyemakkan pandangan, kami mula membuat grille yang fit ke dalam frame tingkap. Harganya kami terpaksa naikkan sedikit untuk menampung penggunaan besi lain yang agak tinggi kosnya. Gambar yang dipamerkan bukanlah grille pelanggan tersebut, tetapi ini adalah grille kakitangan HTAA yang telah menempah grille bunga ros. Ciri-ciri grille beliau adalah sliding door yang boleh buka untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan cermin. Grill pintu yang ada cover mangga mengurangkan risiko diumpil.

TINGKATKAN KESELAMATAN RUMAH ANDA

Assalamualaikum semua, Beberapa bulan lepas, rakan sekolah saya ada kongsikan cerita sedihnya  di FB yang rumahnya telah dipecah masuk ketika dia di tempat kerja. Dia juga ada muat naik gambar-gambar tu di FB. Saya minta kebenaran untuk sharekan gambar tu kerana ianya sangat-sangat berkaitan dengan perniagaan yang kami jalankan. Dalam bulan tersebut juga seorang pegawai Risda Kuantan minta tolong tengokkan rumah rakannya seorang doktor di Bukit Ubi Kuantan. Wah nampaknya modus operandi perompak ni sama....mengumpil telinga gril sampai tercabut dan patah. Lalu kami putuskan untuk membaiki kawasan yang diumpil dan pasangkan satu "cover" sampai telinga gril untuk letak mangga diluar tu tidak kelihatan lagi. Nanti kami akan tunjukkan gambarnya kepada yang berminat untuk meningkatkan keselamatan rumah mereka melalui gril keselamatan. Lihatlah bagaimana kerja keras perompak-perompak itu mencari rezeki yang sememangnya HARAM.

Structure di Runchang

Structure Garaj Lori Tempat Basuh Lori Railing Tanki Air Ini antara gambar structure yang kami buat dan pasang di kawasan penternakan kambing terbesar di Runchang, Pekan, Pahang. Kami hanya buat structure garaj lori, tempat basuh lori, structure tanki minyak dan 4 rumah pam. Projek ini kami buat di bawah Kontraktor KL Ingenuer K/G Sdn Bhd. Runchang ni hampir dengan Paloh Hinai menghala ke Muadzam Shah.