Langkau ke kandungan utama

Catatan

Komen Pelanggan Kami dalam Facebook

"MySHAHANA ENT mengucapkan Ribuan terima kasih kepada Roshdi Enterprise-Metal Work. Merealisasikan corak pilihan kami". Komen positif dari pelanggan kami dari Taman Tas, Kuantan. Pasangan ini turut menempah sliding door baru yang sama corak memandangkan rumah yang mereka beli bukan rumah baru siap. Untuk itu kami turut mengambil sliding door dan pagar mereka dengan nilai RM200.

Pagar Wrought Iron Powder Coating Pandan Damai, Kuantan

Minggu lepas pada 31 mac 2012, kami telah selesai memasang pintu pagar jenis wrought iron lipat dan kemasannya adalah powder coating(atau dioven). Apabila kami mendapat tempahan pintu pagar jenis lipat yang di powder coating, sebelum dihantar oven, kami akan menguji dahulu dan setkan tempat pemasangan. Ini adalah kerana kami mahu kurangkan kesan terbakar welding semasa memasang. Kesan terbakar berwarna hitam akan mencacatkan kecantikan pagar powder coating. Proses "touch up" cat pagar masih dilakukan dengan bekalan cat "powder" yang dibekalkan oleh pengusaha powder coating (kami menghantar powder coating di pusat yang berlesen).Kenapa memilih "powder coating"? Ini adalah kerana catnya yang tahan lama sehingga bertahun lamanya (lebih 5 tahun) dan juga merupakan anti karat. Kalau digores dengan kunci kereta catnya tidak akan tertanggal (boleh test di bengkel kami). Ini adalah pagar yang telah siap dipasang. Pelanggan juga telah menempah pagar kecil jenis wr

PEMASANGAN GRIL WROUGHT IRON PANDAN INDAH, KUANTAN

Hari ini 2 April 2012, para pekerja sedang membuat persiapan terakhir dan semakan sebelum pemasangan gril rumah dibuat. Rumah yang akan dipasang adalah di Taman Pandan Indah, Kuantan. Setelah perundingan percuma yang kami berikan, pelanggan berkenaan bersetuju dengan cadangan "Gril Fit ke Dalam Frame" - untuk kelihatan kemas dan selamat untuk anak-anak kecil, "Cover Telinga Mangga" - mengelakkan dari pintu dapur dan sliding diumpil dan "Gril Tingkap Bilik Utama Boleh Buka" - untuk persediaan kebakaran. Setelah pemasangan ... tuan rumah berpuashati ... Alhamdulillah Tingkap fit dalam frame boleh buka untuk persediaan kebakaran : nasihat: letak anak kunci mangga di tempat yang mudah diambil oleh tuan rumah (sahaja). Pintu sliding boleh buka di cermin mati memudahkan pencucian cermin. Kunci sliding dan telinga mangga kalis umpil. Dari buku katalog wrought iron

Progress Kilang Baja LKPP Rompin

Bulan Mac dah nak berakhir....structure kilang baja yang kami bina hampir siap....

LELONG PAGAR WROUGHT IRON BARU 50%

Ada sesiapa yang berminat dengan pagar ni? Kami nak lelong 50% dari harga sebenar...sebab dah tersalah cat.  Kami dapat info dari tukang Indon, tuannya nak warna emas semua.... rupanya tuan rumah nak powder coating... Jadi, kalau dah di spray cat, tak boleh le pula nak powder coating. Kami dah cuba untuk gosok/ buang cat dan sapu asid, lambat sangat prosesnya. Jadi kami ambil keputusan untuk buat semula pagar tersebut dan hantar powder coating.... Siapa minat? Jangan lepaskan peluang...Kami jual RM2,200 untuk pagar 10'x6' dan pagar kecil 4'x5'. Tanya dulu... kot2 boleh murah lagi. Aduh...manyak lugi oii...Lagi percuma cat semula... cat celoreng emas...

Household product

Mari lihat antara produk yang dibuat "custom made" mengikut citarasa dan banyak antaranya design pelanggan. Kami layannnnn...... Penyangkut baju dengan penyangkut tuala di depan Saiz 5 kaki tinggi 5 kaki lebar Sesuai di bilik solat Penyangkut baju dari jenis paip  Penyangkut baju kanak-kanak 5 kaki lebar 4 kaki tinggi Penyangkut tuala di bilik air Boleh juga di pasang di bilik tidur

Aluminium Menggantikan Kayu

Tentu ramai yang berkenan dengan pintu pagar (gate) yang separuh di bahagian bawah ditutupi kayu. Kini disebabkan kenaikan harga kayu, pihak industri telah mencipta aluminium yang seakan kayu sebagai alternatif kapada kayu. Kami selalu menasihatkan pelanggan agar menggunakan alumium ini kerana ianya ringan, tahan lasak dan warnanya yang tidak perlu dicat mungkin hingga bertahun lamanya. Walau bagaimanapun jika pelanggan tersebut adalah peminat kayu, kami akan menasihatkan mereka agar menggunakan kayu yang bermutu kerana jika tidak, belum pun setahun, catnya mula pudar dan akan reput. Harga kayu bermutu memanglah agak mahal. Contoh Aluminium Bercorak kayu Salah satu pintu pagar yang akan di pasang aluminium

Projek Garaj Kereta Risda Negeri Pahang

Ini adalah satu lagi projek 2012 yang baru siap. Projek menukar atap garaj kereta Pengarah Pejabat Risda Negeri Pahang. Atap jenis metaldeck separuh bulat berwarna biru.