Langkau ke kandungan utama

Catatan

Progress Kilang Baja LKPP Rompin

Bulan Mac dah nak berakhir....structure kilang baja yang kami bina hampir siap....

LELONG PAGAR WROUGHT IRON BARU 50%

Ada sesiapa yang berminat dengan pagar ni? Kami nak lelong 50% dari harga sebenar...sebab dah tersalah cat.  Kami dapat info dari tukang Indon, tuannya nak warna emas semua.... rupanya tuan rumah nak powder coating... Jadi, kalau dah di spray cat, tak boleh le pula nak powder coating. Kami dah cuba untuk gosok/ buang cat dan sapu asid, lambat sangat prosesnya. Jadi kami ambil keputusan untuk buat semula pagar tersebut dan hantar powder coating.... Siapa minat? Jangan lepaskan peluang...Kami jual RM2,200 untuk pagar 10'x6' dan pagar kecil 4'x5'. Tanya dulu... kot2 boleh murah lagi. Aduh...manyak lugi oii...Lagi percuma cat semula... cat celoreng emas...

Household product

Mari lihat antara produk yang dibuat "custom made" mengikut citarasa dan banyak antaranya design pelanggan. Kami layannnnn...... Penyangkut baju dengan penyangkut tuala di depan Saiz 5 kaki tinggi 5 kaki lebar Sesuai di bilik solat Penyangkut baju dari jenis paip  Penyangkut baju kanak-kanak 5 kaki lebar 4 kaki tinggi Penyangkut tuala di bilik air Boleh juga di pasang di bilik tidur

Aluminium Menggantikan Kayu

Tentu ramai yang berkenan dengan pintu pagar (gate) yang separuh di bahagian bawah ditutupi kayu. Kini disebabkan kenaikan harga kayu, pihak industri telah mencipta aluminium yang seakan kayu sebagai alternatif kapada kayu. Kami selalu menasihatkan pelanggan agar menggunakan alumium ini kerana ianya ringan, tahan lasak dan warnanya yang tidak perlu dicat mungkin hingga bertahun lamanya. Walau bagaimanapun jika pelanggan tersebut adalah peminat kayu, kami akan menasihatkan mereka agar menggunakan kayu yang bermutu kerana jika tidak, belum pun setahun, catnya mula pudar dan akan reput. Harga kayu bermutu memanglah agak mahal. Contoh Aluminium Bercorak kayu Salah satu pintu pagar yang akan di pasang aluminium

Projek Garaj Kereta Risda Negeri Pahang

Ini adalah satu lagi projek 2012 yang baru siap. Projek menukar atap garaj kereta Pengarah Pejabat Risda Negeri Pahang. Atap jenis metaldeck separuh bulat berwarna biru.

Khidmat Nasihat tentang Gril

Berikut adalah maklum balas dari pembaca blog kami. Tujuan dipaparkan disini adalah untuk panduan dan bantuan kepada yang mencari maklumat. Kepada Puan Norazila jika ini adalah kesalahan, kami mohon maaf dan kami akan buang dari blog kami. Salam En. Roshdi, Saya Norazila Othman dari Skudai, Johor mempunyai masalah yang berkaitan dengan tempahan grill. Semalam saya ada menghubungi En. tetapi isteri En yang menjawap panggilan saya. Sudila kiranya En. memberi cadangan atau pandangan terhadap permasalahan saya berkaitan grill ni. Sebarang cadangan dan kos grill En boleh taipkan pada attachment file saya then send kembali kepada saya untuk memudahkan rujukan saya kelak.  Saya juga ingin memohon maaf kerana terpaksa mendapatkan khidmat En. melalui kaedah maya walaupun jauh seolah-olah di Johor tidak ada pakar dalam pembuatan grill tetapi setelah membaca blog En. saya tertarik untuk berkongsi masalah grill ini dengan En.meskipun jauh. Saya berharap ia tidak menjadi kebera