Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Catatan kali ini, kami paparkan sebuah projek balkoni yang asalnya kecil hanya berfungsi sebagai look out sahaja, kini telah menjadi tempat santai rehat bagi pemilik rumah atau lebih tepat lagi pemilik bilik. Balkoni ini asalnya bersambung dari bilik utama tuan rumah di Perumahan Cherry, Indera Mahkota, Kuantan. Jika dilihat keluasan asal adalah bersaiz 3 kaki di tambah lagi 3 kaki ke hadapan, kini boleh memuatkan kerusi rehat yang boleh dijadikan ruangan berehat sambil minum. kerangka platform, kami gunakan besi berketebalan 1.6mm dengan saiz besi 2"x4" dikimpal dengan jarak rapat . Level lantai disamakan dan dipasang dengan kayu tahan lasak, diberikan sealer dan seterusnya di sapu cat varnis. Kelebihan rumah ini, beam konkritnya sangat kukuh dan sesuai untuk ditambah platform. Penambahan railing juga dibuat setelah railing asal dipindahkan ke hadapan. Akhirnya, pasti ada tambahan atap kerana asalnya atap yang pendek untuk balkoni. Pili
Kepakaran kami ialah menyelesaikan isu ruang meletak kenderaan tanpa kesan buruk hujan dan panas dengan menyediakan awning pergola yang menambah dekorasi ruangan hadapan rumah. Call/wassap kami 019-9856196/ 012-7946196/ 012-9376196 ; B74, LORONG JAYA GADING 31, KG JAYA GADING, 26070 KUANTAN LAWATI FACEBOOK KAMI MetalWorksKuantan Roshdirohiah.com - Metal Works IG : metalworkskuantan email:roshdiarifin70@gmail.com/ rohiahabduljalil@gmail.com https://commerce.avana.asia/metalworkskuantan