Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Kira Budget Awning Anda (Di Kuantan, Pahang)

AWNING POLYCARBONATE Anda sedang berkira-kira untuk membuat awning atau atap di rumah anda? Sebelum menempah awning surveylah dulu harga dan bandingkan antara satu bengkel dengan bengkel lain. Awning boleh menggunakan atap polycarbonate (macam plastik) dan besi. Harga atap besi lebih murah dari polycarbonate. Harga-harga yang ditawarkan oleh bengkel-bengkel mungkin berbeza berdasarkan spesifikasi (bahan yang digunakan dan paten) dan lokasi tempahan. Harga awning metaldeck di Kuantan berdasarkan pemerhatian diantara RM12 - RM18 sekaki persegi. Jika awning polycarbonate di antara RM20-RM30 mengikut jenis atap jalur straw atau solid. Jenis straw paling murah, tetapi disebabkan mempunyai ruang udara ia mudah pecah dan kotor di dalamnya (lebih kurang dalam 5-6 tahun) Jika solid, atapnya nipis tetapi padat kerana tiada ruangan udara. Macam mana nak kira? Kirakan panjang dan lebar awning yang hendak dibuat dan darabkan dengan harga yang ditawarkan pengusaha bengkel. Contohnya: Nak buat a