Khamis, 25 Februari 2016

AWNING POLYCARBONATE PERGOLA STYLE DI MAHKOTA HEIGHTS, KUANTAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Entri pada kali ini kami tampilkan design awning polycarbonate yang telah siap kami pasang di sebuah kawasan perumahan elit di Mahkota Heights, Kuantan. Dengan pilihan atap solid dan rangka ala keratan kayu jati, menjadikan ia tumpuan mata memandang. Gembira kami mendengar pujian dari tuan rumah.

Awning di beranda

Pandangan tepi awning beranda di master bedroom


Pandangan dari dalam 





Awning bawah di pintu sliding



Rangka besi 2x4 dalam proses

Rabu, 3 Februari 2016

ANTARA DESIGN GRIL POPULAR DI KUANTAN

Assalamualaikum Dan Salam Februari 2016.
Setelah lebih sebulan beroperasi dalam tahun 2016, kami tetap sibuk dengan tempahan-tempahan gril, pagar dan awning untuk pembeli rumah baru di sekitar Kuantan, Pekan dan Kemaman. Alhamdulillah, kami masih diberi peluang membantu. Dalam tahun 2016 ini, kami banyak menerima tempahan gril rumah baru dari perumahan Kota Sas,  Kampung Padang Jalan Sungai Lembing, Kempadang dan Bukit Rangin. Dalam entri kali ini, kami akan paparkan design pilihan pelanggan.