Isnin, 2 April 2012

Pagar Wrought Iron Powder Coating Pandan Damai, Kuantan

Minggu lepas pada 31 mac 2012, kami telah selesai memasang pintu pagar jenis wrought iron lipat dan kemasannya adalah powder coating(atau dioven). Apabila kami mendapat tempahan pintu pagar jenis lipat yang di powder coating, sebelum dihantar oven, kami akan menguji dahulu dan setkan tempat pemasangan. Ini adalah kerana kami mahu kurangkan kesan terbakar welding semasa memasang. Kesan terbakar berwarna hitam akan mencacatkan kecantikan pagar powder coating. Proses "touch up" cat pagar masih dilakukan dengan bekalan cat "powder" yang dibekalkan oleh pengusaha powder coating (kami menghantar powder coating di pusat yang berlesen).Kenapa memilih "powder coating"? Ini adalah kerana catnya yang tahan lama sehingga bertahun lamanya (lebih 5 tahun) dan juga merupakan anti karat. Kalau digores dengan kunci kereta catnya tidak akan tertanggal (boleh test di bengkel kami).
Ini adalah pagar yang telah siap dipasang. Pelanggan juga telah menempah pagar kecil jenis wrought iron buka dua.




1 ulasan: