Langkau ke kandungan utama

Catatan

PERGOLA BESI DI BESERAH, KUANTAN

Projek pergola terbaru yang telah kami pasang adalah jenis atap solid warna kehijauan. Masih menggunakan kerangka besi besar bersaiz 4x2 dengan tambahan besi hiasan yang kami berikan secara percuma atas permintaan tuan rumah.

PROMOSI RANGKA BESI BESAR UNTUK AWNING

Kami sentiasa inginkan yang terbaik buat pelanggan dan bakal pelanggan kami. Sekarang, kami tawarkan rangka besi yang lebih besar supaya atap anda samaada metaldeck atau poly kelihatan kukuh dan cantik. Besi pun boleh dipotong seolah-olah ukiran kayu pada pergola kayu chengal. Ini contoh awning polycarbonate yang kami buat untuk pelanggan di Kemaman, Terengganu. Rangka besi yang bersaiz lebih besar berbanding pasaran. Kami gunakan besi hollow bersaiz 2x2 yang dipateri secara kotak berjarak 2 kaki setiap satu. Ini pula kerja kami di Pejabat Risda, Kuantan dimana kami membuat garaj motor dengan rangka bersaiz sama dengan tiang paip besi 3 inci.

PROJEK PERGOLA UNTUK TATAPAN PEMBACA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah beberapa bulan mempromosikan pergola besi, kami telah berjaya menyiapkan pelbagai bentuk design pergola mengikut citarasa tuan rumah. DARI PROJEK PERGOLA DI KAMPUNG PADANG, KUANTAN DARI PROJEK DI SG KARANG, KUANTAN DARI PROJEK DI PANDAN (JALAN LAPANGAN TERBANG), KUANTAN DARI PROJEK DI INDERA MAHKOTA, KUANTAN DARI PROJEK DI INDERAPURA, KUANTAN

Pintu Pagar Garden Style.

Pintu pagar yang cantik memang menjadi idaman semua tuan rumah. Berdasarkan tempahan-tempahan pintu pagar yang kami dapat, kami dapati semakin ramai yang meminati design yang simple dan kurang berbunga. Di tambah pula dengan kaedah cat "powder coat" dengan warna-warna tanah menjadikan pintu pagar mereka kelihatan eksklusif. Kami namakan design ini di tempat kami sebagai "Garden Style"

LAGI CONTOH AWNING PERGOLA STYLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni kami ingin kongsikan lagi beberapa gambar pembuatan awning pergola style yang telah kami siapkan. Ini adalah projek di Taman Bukit Istana, Kuantan, Pahang. Pelanggan ini memilih penambahan tiang dari jenis I Beam dan dilakukan footing. Jadi terdapat kos tambahan di situ. Atap yang dipilih pula dari jenis skylight iaitu jenis clear seperti kaca. Pelanggan turut membuat penambahan pada sekeliling pergola dengan menambah kekisi angin yang berwarna putih.

PROMOSI POTONGAN HARGA AWNING POLYCARBONATE PERGOLA STYLE

Salam semua. Mulai 15 Mac 2014, kami mula memberikan potongan 50% diskaun untuk tempahan awning Pergola style tetapi hanya tertakluk untuk kawasan Kuantan, Pekan, Maran, dan Kemaman. Untuk lain-lain tempat yang berhampiran yang tidak disebutkan, kami mungkin boleh pertimbangkan sekiranya tempahan memenuhi saiz minima yang diperlukan. Berikut adalah beberapa tempahan yang telah siap dipasang.  Jarak besi utama 2-2.5 kaki menggunakan hollow 4x2.

AWNING PERGOLA STYLE