Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pilihan Grille Paling Popular Ketika Ini

Di Kuantan, pilihan grille rumah style Jepun paling popular. Style ini menggunakan besi dikimpal berbaris boleh menggunakan besi hollow biasa atau hollow wrought iron. Ada yang menempah kosong begitu dan ada juga yang menambah bunga di atasnya atau di tepi. Pelbagai pilihan bunga dan daun boleh menyerikan grille rumah. Gambar-gambar di atas adalah sebahagian kreativiti pelanggan sendiri.

PELANGGAN-PELANGGAN GEMBIRA

Alhamdulillah, gril-gril yang telah kami pasang kebanyakkannya mendapat pujian dari pelanggan-pelanggan kami. Terfikirlah kami pula nak mengabadikan gambar-gambar mereka di blog ini. Ini adalah sebahagian dari pelanggan yang begitu sporting bergaya didepan gril mereka. Terima kasih sangat-sangat kerana menyokong kami. Puan Mai dari Taman Sepekan Jaya, Pekan Gembira sungguh dengan gril corak pilihan sendiri (bunga bintang) Pokcik Neram dari Felda Neram Satu Gril String Paip untuk sliding door Ibu Encik Nordin dan rumah barunya di Felda Neram Satu Gril Bunga Padi Gril Bunga Ros di Taman Aneka Jaya, Permatang Badak Kuantan

Kerja Besi Di Masjid Tok Sira

Awal bulan Disember 2011, kami berpeluang membekalkan penutup longkang dan rak kasut di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Tok Sira. Masjid ini telah diubahsuai oleh seorang rakan kami dan tentulah jika ada projek besi pasti kami tidak akan dilupakan. Penutup longkang yang kami bekalkan lebih kurang 400 kaki dan 3 buah rak kasut 3 tingkat.

CIRI-CIRI PERCUMA DITAWARKAN KEPADA PELANGGAN

Bagi setiap tempahan grille satu rumah, pelanggan kami akan ditawarkan secara percuma ciri-ciri keselamatan seperti "COVER TELINGA MANGGA", "TINGKAP BILIK UTAMA BOLEH BUKA", "SLIDING DOOR BOLEH BUKA" dan "GRILLE FIT KE DALAM FRAME" Lihatlah gambar ini, adakah ia memenuhi keperluan anda? Keselamatan dan keselesaan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami.

Grille String Paip Biasa

Ini adalah salah satu pilihan terbaik untuk pembeli rumah baru ; Grille String Paip Besi Biasa. Harganya pula adalah antara termurah kerana harga besinya berpatutan dan besi juga tidak banyak digunakan. Walaupun coraknya macam penjara tetapi ianya agak sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil kerana dapat mengurangkan aktiviti memanjat .

GRILLE FIT KE DALAM FRAME TINGKAP

Tercetus dari salah seorang pelanggan kami yang agak detail, yang tidak mahu grille rumah yang menyemakkan pandangan, kami mula membuat grille yang fit ke dalam frame tingkap. Harganya kami terpaksa naikkan sedikit untuk menampung penggunaan besi lain yang agak tinggi kosnya. Gambar yang dipamerkan bukanlah grille pelanggan tersebut, tetapi ini adalah grille kakitangan HTAA yang telah menempah grille bunga ros. Ciri-ciri grille beliau adalah sliding door yang boleh buka untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan cermin. Grill pintu yang ada cover mangga mengurangkan risiko diumpil.