Langkau ke kandungan utama

Catatan

TINGKATKAN KESELAMATAN RUMAH ANDA

Assalamualaikum semua, Beberapa bulan lepas, rakan sekolah saya ada kongsikan cerita sedihnya  di FB yang rumahnya telah dipecah masuk ketika dia di tempat kerja. Dia juga ada muat naik gambar-gambar tu di FB. Saya minta kebenaran untuk sharekan gambar tu kerana ianya sangat-sangat berkaitan dengan perniagaan yang kami jalankan. Dalam bulan tersebut juga seorang pegawai Risda Kuantan minta tolong tengokkan rumah rakannya seorang doktor di Bukit Ubi Kuantan. Wah nampaknya modus operandi perompak ni sama....mengumpil telinga gril sampai tercabut dan patah. Lalu kami putuskan untuk membaiki kawasan yang diumpil dan pasangkan satu "cover" sampai telinga gril untuk letak mangga diluar tu tidak kelihatan lagi. Nanti kami akan tunjukkan gambarnya kepada yang berminat untuk meningkatkan keselamatan rumah mereka melalui gril keselamatan. Lihatlah bagaimana kerja keras perompak-perompak itu mencari rezeki yang sememangnya HARAM.

Structure di Runchang

Structure Garaj Lori Tempat Basuh Lori Railing Tanki Air Ini antara gambar structure yang kami buat dan pasang di kawasan penternakan kambing terbesar di Runchang, Pekan, Pahang. Kami hanya buat structure garaj lori, tempat basuh lori, structure tanki minyak dan 4 rumah pam. Projek ini kami buat di bawah Kontraktor KL Ingenuer K/G Sdn Bhd. Runchang ni hampir dengan Paloh Hinai menghala ke Muadzam Shah.

SEMINAR ADVANCE MARKETING POWER

Salam semua, Alhamdulillah setelah 2 bulan berhenti dari menjadi pensyarah perakaunan saya dah mula nampak arah tujuan saya. Memanglah saya berhenti dengan satu tujuan nak lebih masa untuk keluarga saya dan memajukan bisnes kami. Pengalaman sebagai pensyarah memang tak cukup untuk bantu suami saya, so saya memang dah buat perancangan dari awal tahun. Tepat pada tarikh hari lahir saya (20/2/2011), saya pergi SKPD di MS Garden Kuantan (ini je hadiah yang saya mintak dari suami....temankan saya ke satu seminar yang saya nak pergi sangat, tak perlu hadiah lain, sebab saya tangguhkan hadiah tu tahun depan - 2012 nak mintak yang special sangat yang dia termampu lepas bisnes kami expand) Di sana saya daftar terus IMKK 1 April 2011, Wow dah jelas dah apa yang saya nak buat. Balik hari Isnin, terus buka akaun emas @ RM141.00/ gram. Solat Dhuha, Alpha, Bunting, Flyers, antara marketing strategies yang saya buat. Ok...ada impact...semua design sendiri...ada perubahan...tapi saya buat macam ora

MENCARI PEKERJA BAGI JAWATAN JURUKIMPAL & PEKERJA AM

Memandangkan perniagaan kami sedang berkembang maju, kami amat memerlukan tambahan pekerja bagi jawatan welder (jurukimpal) dan pekerja am. Bidang-bidang tugas jurukimpal tentulah untuk menyiapkan tempahan gril, awning, pagar dan sebagainya. Kami mempunyai 2 team iaitu team bengkel yang biasanya menyiapkan kerja-kerja tempahan consumer/ pelanggan rumah. Calon-calon tidak semestinya pandai membuat tempahan tanpa pengawasan, cukup sekadar pandai mengimpal dengan cantik dan kemas. Walaubagaimanapun jika terdapat calon yang pandai, ianya satu kelebihan dan tentulah gajinya lebih. Team yang ke 2 adalah team yang menyiapkan tempahan kontrak yang biasanya lebih banyak berada di luar. Tempahan yang biasanya diterima adalah railing tanki, pintu gate, structure kilang, garaj. Pada ketika ini kami sedang sibuk dengan projek kontrak di Muadzam Shah. Al-hamdulillah. Jika anda mahu menimba pengalaman dari A to Z berhubunglah dengan kami. Jika anda rajin, dalam masa 2 tahun, anda mampu membuka beng

FLYERS PROMOSI TERBARU

PROMOSI TERBARU - KAMI BAYAR RM200 UNTUK PAGAR LAMA ANDA + 10 PELANGGAN TERAWAL AKAN DAPAT HADIAH ISTIMEWA

TAWARAN UNTUK TEMPAHAN PAGAR WROUGHT IRON SAHAJA.

INGATAN KEPADA PELANGGAN/ BAKAL PELANGGAN

Kami sedang perkenalkan sistem kenalkan pelanggan, sistem ini sepatutnya kenalkan pelanggan dan apabila pelanggan bersetuju, dan membayar deposit, kami bayar komisen kepada yang memperkenalkan. Tiada wang yang boleh di kutip oleh orang yang memperkenalkan. Semua deposit yang diterima kami, akan kami keluarkan resit bayaran. Jangan membayar jika tiada resit dikeluarkan. Jangan terpedaya dengan kata-kata "resit tertinggal" "akan dikeluarkan di pejabat" dan sebagainya. Kami akan melaporkan kepada polis sekiranya terdapat aduan dari pelanggan.