Langkau ke kandungan utama

Catatan

SEMINAR ADVANCE MARKETING POWER

Salam semua, Alhamdulillah setelah 2 bulan berhenti dari menjadi pensyarah perakaunan saya dah mula nampak arah tujuan saya. Memanglah saya berhenti dengan satu tujuan nak lebih masa untuk keluarga saya dan memajukan bisnes kami. Pengalaman sebagai pensyarah memang tak cukup untuk bantu suami saya, so saya memang dah buat perancangan dari awal tahun. Tepat pada tarikh hari lahir saya (20/2/2011), saya pergi SKPD di MS Garden Kuantan (ini je hadiah yang saya mintak dari suami....temankan saya ke satu seminar yang saya nak pergi sangat, tak perlu hadiah lain, sebab saya tangguhkan hadiah tu tahun depan - 2012 nak mintak yang special sangat yang dia termampu lepas bisnes kami expand) Di sana saya daftar terus IMKK 1 April 2011, Wow dah jelas dah apa yang saya nak buat. Balik hari Isnin, terus buka akaun emas @ RM141.00/ gram. Solat Dhuha, Alpha, Bunting, Flyers, antara marketing strategies yang saya buat. Ok...ada impact...semua design sendiri...ada perubahan...tapi saya buat macam ora

MENCARI PEKERJA BAGI JAWATAN JURUKIMPAL & PEKERJA AM

Memandangkan perniagaan kami sedang berkembang maju, kami amat memerlukan tambahan pekerja bagi jawatan welder (jurukimpal) dan pekerja am. Bidang-bidang tugas jurukimpal tentulah untuk menyiapkan tempahan gril, awning, pagar dan sebagainya. Kami mempunyai 2 team iaitu team bengkel yang biasanya menyiapkan kerja-kerja tempahan consumer/ pelanggan rumah. Calon-calon tidak semestinya pandai membuat tempahan tanpa pengawasan, cukup sekadar pandai mengimpal dengan cantik dan kemas. Walaubagaimanapun jika terdapat calon yang pandai, ianya satu kelebihan dan tentulah gajinya lebih. Team yang ke 2 adalah team yang menyiapkan tempahan kontrak yang biasanya lebih banyak berada di luar. Tempahan yang biasanya diterima adalah railing tanki, pintu gate, structure kilang, garaj. Pada ketika ini kami sedang sibuk dengan projek kontrak di Muadzam Shah. Al-hamdulillah. Jika anda mahu menimba pengalaman dari A to Z berhubunglah dengan kami. Jika anda rajin, dalam masa 2 tahun, anda mampu membuka beng

FLYERS PROMOSI TERBARU

PROMOSI TERBARU - KAMI BAYAR RM200 UNTUK PAGAR LAMA ANDA + 10 PELANGGAN TERAWAL AKAN DAPAT HADIAH ISTIMEWA

TAWARAN UNTUK TEMPAHAN PAGAR WROUGHT IRON SAHAJA.

INGATAN KEPADA PELANGGAN/ BAKAL PELANGGAN

Kami sedang perkenalkan sistem kenalkan pelanggan, sistem ini sepatutnya kenalkan pelanggan dan apabila pelanggan bersetuju, dan membayar deposit, kami bayar komisen kepada yang memperkenalkan. Tiada wang yang boleh di kutip oleh orang yang memperkenalkan. Semua deposit yang diterima kami, akan kami keluarkan resit bayaran. Jangan membayar jika tiada resit dikeluarkan. Jangan terpedaya dengan kata-kata "resit tertinggal" "akan dikeluarkan di pejabat" dan sebagainya. Kami akan melaporkan kepada polis sekiranya terdapat aduan dari pelanggan.

KOMISEN HEBAT SEBAGAI JURUJUAL SAMBILAN KAMI

Assalamualaikum, Sebagai salah satu strategi pemasaran, kami akan tawarkan ganjaran/ komisen hebat kepada sesiapa yang berjaya membawa pelanggan yang menempah pelbagai produk dari kami. Komisennya tentulah bergantung dari nilai tempahan yang dibuat. Rebutlah peluang ini sempena menyambut Ramadhan dan Aidilfitri yang akan datang. Caranya telefon kami dengan memberikan keterangan nama, no rumah pelanggan yang telah anda promote. Apabila deposit telah dibayar, kami akan hubungi dan bayar terus komisen anda. Bagi yang berminat, anda boleh perkenalkan kawan anda, ahli keluarga, dan sesiapa sahaja. Anda juga boleh bersiar-siar di taman perumahan baru dan cuba meyakinkan pelanggan tersebut untuk membuat tempahan dengan kami. Kalau perlukan fyers kami, boleh telefon untuk mendapatkannya. Untuk pengetahuan, di kebanyakkan perumahan baru, kami telah edarkan/ tampalkan flyers di rumah tersebut. INGAT KAMI HANYA BAYAR UNTUK ANDA KENALKAN PELANGGAN SAHAJA. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESALAHA

Panduan Membuat Bajet Gril

Kira Bajet Gril Dan Pagar Rumah Baru by   Rohiah Binti Abdul Jalil   on Thursday, 02 June 2011 at 21:33         Saya nak bagi panduan macam mana nak buat bajet gril bagi yang baru beli rumah. Harganya tentulah berbeza-beza ikut negeri, jenis besi dan kompleksnya rekaan yang dipilih. Secara amnya ada dua kategori gril yang ditawarkan oleh pembekal/ pengusaha bengkel besi. Besi biasa yang terdiri dari besi hollow, string paip, round bar, plat bar. Besi tebal sikit dipanggil wrought iron yang mempunyai gerigi di setiap tepinya.          Gril menggunakan besi biasa bercorak petak biasa, besi bulat berpusing (string paip) biasanya di Pahang berharga diantara RM9 - RM12 sekaki persegi untuk tingkap dan RM12-RM15 sekaki persegi untuk sliding door. Cara nak darabkannya, anda kira panjang dan lebar tingkap anda (contoh: 4 kaki x 4 kaki = 16 kaki persegi) dan darab je dengan harga yang diberi (contohnya: RM12 x 16 kps =  RM192 harga satu tingkap) macam tulah juga untuk