Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Roshdirohiah.com - Metal Works @ https://www.facebook.com/MetalWorksKuantan

Lama sungguh tidak menulis di sini, gara-gara penangan fan page facebook yang telah menghuru-harakan bisnes kami. Kedatangan tahun baru 2013 sungguh bermakna dengan sedikit ujian dariNya. Sebagai orang yang masih belajar dalam bidang perniagaan, kami sentiasa mencuba alat-alat pemasaran yang baru.Itulah sebabnya kami wujudkan fan page kami di https://www.facebook.com/MetalWorksKuantan untuk kami siarkan makluman, hebahan, promosi dan produk-produk kami. Dengan sabar mula mengumpul LIKE yang mana hingga kini baru menjangkau 800++. Itu semua melibatkan kos-kos seperti membangunkan fan page, tukar cover, kena tipu naikkan like, octopost (aps yang menolong membuat post secara berjadual) fb ads yang masih berjalan berjumlah hampir RM1000. Alhamdulillah 3 ke 4 bulan selepas itu membuahkan hasil dengan pelanggan mula datang ke bengkel besi kami dari maklumat fb. Kiraan secara agak-agak, hampir RM50,000 dari projek gril rumah, awning, gate dan baru sebentar terima deposit untuk projek awni