Selasa, 8 Mei 2012

KEPERLUAN PENTING KESELAMATAN

Kebanyakkan rumah di Malaysia akan memasang gril keselamatan dengan pelbagai sebab yang telah semua persetujui. Kami sebagai pengeluar gril keselamatan turut merasa bertanggungjawab atas keselamatan pelanggan. Jika dengan tujuan keselamatan dari pecah rumah, kami turut nasihatkan agar diadakan cover mangga kalis umpil.
Untuk tujuan persediaan kebakaran, kami nasihatkan pelanggan menempah gril tingkap yang boleh dibuka. Terdapat pelbagai jenis yang dicadangkan oleh pihak bomba, antaranya yang tidak dimangga yang boleh dibuka dengan senang oleh semua penghuni termasuk warga tua dan kanak-kanak kecil. Gril seperti ini boleh anda dapati di klinik-klinik komuniti di sekitar kuantan. Ini adalah link wajib yang perlu anda baca untuk keselamatan keluarga anda. (www.bombaphg.gov.my)




Walaubagaimanapun kami menyediakan gril tingkap boleh buka yang perlu dipasang mangga. Bagaimana pula penyimpanan anak kuncinya? Kami nasihatkan anda mendapatkan pemegang gelas (break glass key holder) seperti yang banyak terdapat di pasaraya-pasaraya.
satu lagi aspek keselamatan yang kita sering abaikan adalah siren kebakaran. Kita mungkin tidak dapat sediakan siren seperti sekolah-sekolah, tetapi kita boleh dapatkan pengesan asap dan pengesan haba yang hanya berharga kurang RM50.



Warga Kuantan, Pekan, Kemaman datanglah bengkel kami untuk mendapat nasihat keselamatan secara percuma dan sebutharga gril rumah anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan