Isnin, 16 April 2012

Komen Pelanggan Kami dalam Facebook

"MySHAHANA ENT mengucapkan Ribuan terima kasih kepada Roshdi Enterprise-Metal Work. Merealisasikan corak pilihan kami". Komen positif dari pelanggan kami dari Taman Tas, Kuantan. Pasangan ini turut menempah sliding door baru yang sama corak memandangkan rumah yang mereka beli bukan rumah baru siap. Untuk itu kami turut mengambil sliding door dan pagar mereka dengan nilai RM200.

Isnin, 2 April 2012

Pagar Wrought Iron Powder Coating Pandan Damai, Kuantan

Minggu lepas pada 31 mac 2012, kami telah selesai memasang pintu pagar jenis wrought iron lipat dan kemasannya adalah powder coating(atau dioven). Apabila kami mendapat tempahan pintu pagar jenis lipat yang di powder coating, sebelum dihantar oven, kami akan menguji dahulu dan setkan tempat pemasangan. Ini adalah kerana kami mahu kurangkan kesan terbakar welding semasa memasang. Kesan terbakar berwarna hitam akan mencacatkan kecantikan pagar powder coating. Proses "touch up" cat pagar masih dilakukan dengan bekalan cat "powder" yang dibekalkan oleh pengusaha powder coating (kami menghantar powder coating di pusat yang berlesen).Kenapa memilih "powder coating"? Ini adalah kerana catnya yang tahan lama sehingga bertahun lamanya (lebih 5 tahun) dan juga merupakan anti karat. Kalau digores dengan kunci kereta catnya tidak akan tertanggal (boleh test di bengkel kami).
Ini adalah pagar yang telah siap dipasang. Pelanggan juga telah menempah pagar kecil jenis wrought iron buka dua.




Ahad, 1 April 2012

PEMASANGAN GRIL WROUGHT IRON PANDAN INDAH, KUANTAN

Hari ini 2 April 2012, para pekerja sedang membuat persiapan terakhir dan semakan sebelum pemasangan gril rumah dibuat. Rumah yang akan dipasang adalah di Taman Pandan Indah, Kuantan. Setelah perundingan percuma yang kami berikan, pelanggan berkenaan bersetuju dengan cadangan "Gril Fit ke Dalam Frame" - untuk kelihatan kemas dan selamat untuk anak-anak kecil, "Cover Telinga Mangga" - mengelakkan dari pintu dapur dan sliding diumpil dan "Gril Tingkap Bilik Utama Boleh Buka" - untuk persediaan kebakaran.
Setelah pemasangan ... tuan rumah berpuashati ... Alhamdulillah


Tingkap fit dalam frame boleh buka untuk persediaan kebakaran : nasihat: letak anak kunci mangga di tempat yang mudah diambil oleh tuan rumah (sahaja).

Pintu sliding boleh buka di cermin mati memudahkan pencucian cermin.

Kunci sliding dan telinga mangga kalis umpil.




Dari buku katalog wrought iron