Langkau ke kandungan utama

Khidmat Nasihat tentang Gril

Berikut adalah maklum balas dari pembaca blog kami. Tujuan dipaparkan disini adalah untuk panduan dan bantuan kepada yang mencari maklumat. Kepada Puan Norazila jika ini adalah kesalahan, kami mohon maaf dan kami akan buang dari blog kami.


Salam En. Roshdi,
Saya Norazila Othman dari Skudai, Johor mempunyai masalah yang berkaitan dengan tempahan grill. Semalam saya ada menghubungi En. tetapi isteri En yang menjawap panggilan saya. Sudila kiranya En. memberi cadangan atau pandangan terhadap permasalahan saya berkaitan grill ni. Sebarang cadangan dan kos grill En boleh taipkan pada attachment file saya then send kembali kepada saya untuk memudahkan rujukan saya kelak. 

Saya juga ingin memohon maaf kerana terpaksa mendapatkan khidmat En. melalui kaedah maya walaupun jauh seolah-olah di Johor tidak ada pakar dalam pembuatan grill tetapi setelah membaca blog En. saya tertarik untuk berkongsi masalah grill ini dengan En.meskipun jauh. Saya berharap ia tidak menjadi keberatan pada En. dan isteri.

Kerjasama En. dan isteri sangat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan jutaan terima. 
Sekian terima kasih.
Plan rumah Norazila Othman JOhor.docxPlan rumah Norazila Othman JOhor.docx
807K   View   Download  
Roshdi Arifin
Jan 17 (1 day ago)
to Norazila
salam puan
kami dah tengok plan dan qoutation gril rumah puan. Kalau di Kuantan harga seperti itu mungkin untuk besi biasa dan powder coating. Tapi kalau puan dapat besi jenis wrought iron amatlah beruntung kerana besi yang tebal dan cat yang tidak akan tanggal dalam  5 , 6 tahun. untuk pengetahuan, besi di johor jauh lebih murah dari kuantan. cuba tanya jenis besinya pada kedai itu. kalau kami buat di kuantan RM4,300 akan dapat besi biasa tanpa powder coating dengan plan rumah puan. maaf ye lambat balas...semalam try tak dapat connect. itu saja pendapat kami...harap dapat membantu..
wassalam
Norazila Binti othman Othman
Jan 17 (1 day ago)
to me
Salam
Terima kasih kerana membantu saya. Saya telah comfirmkan dengan cina yang buat rumah saya iaitu ia mnggunakan besi hollow dan power coating. Kalu guna wrought iron memang lagi mahal kerana rumah saya banyak tingkap dan sliding door yang besar. Walaupun penjelasan En sedikit tetapi saya faham dengan situasinya sekarang dan saya tidak keliru lagi. Sekian terima kasih.


Yang benar,
Norazila Othman

Ulasan

AlmansuQie™ berkata…
Assalamualaikum...nak tau harga grill tuk pintu satu daun...besi biasa dan wrought iron..

lebih senang klu ade email..saya nak send gambar contoh..

email saya : almansuqie@yahoo.com

Catatan popular daripada blog ini

AWNING PERGOLA ATAP ACP DI MAK CHILI, KEMAMAN

 Assalamualaikum. Hari ini, kami ingin catatkan dan gambarkan projek atap awning yang kami telah siapkan. Projek ini dilaksanakan di rumah Puan Aini di Kampung mak Chili, Kemaman. Keluasan lebih kurang 21 x 20 kaki yang ingin digunakan sebagai garaj kereta merangkap tempat jamuan tetamu. Puan Aini sebelum ini, kerap menyewa kanopi untuk tujuan kenduri kendara. Pilihan warna kerangka adalah warna putih yang memang cantik dan tampak kemas. Sebelum dicat dengan warna pilihan, kami terlebih dahulu mengecat cat anti rust berwarna merah. Proses pemasangan rangka berjalan dalam 3 hari setelah pembuatan rangka cantuman asas dibuat di bengkel dalam masa 3 hari juga oleh team pembuatan. Bahagian kerangka utama, kami gunakan besi hollow bersaiz 2x4 inci dengan ketebalan 1.6 mm yang juga kami gunakan untuk membuat platform. Setelah selesai semua kerja-kerja mengecat dan touch up, kami pulang dahulu sementara menguruskan tempahan atap ACP atau Aluminium Composite Panel. Gaya potongan kayu larek ada

Kira Budget Awning Anda (Di Kuantan, Pahang)

AWNING POLYCARBONATE Anda sedang berkira-kira untuk membuat awning atau atap di rumah anda? Sebelum menempah awning surveylah dulu harga dan bandingkan antara satu bengkel dengan bengkel lain. Awning boleh menggunakan atap polycarbonate (macam plastik) dan besi. Harga atap besi lebih murah dari polycarbonate. Harga-harga yang ditawarkan oleh bengkel-bengkel mungkin berbeza berdasarkan spesifikasi (bahan yang digunakan dan paten) dan lokasi tempahan. Harga awning metaldeck di Kuantan berdasarkan pemerhatian diantara RM12 - RM18 sekaki persegi. Jika awning polycarbonate di antara RM20-RM30 mengikut jenis atap jalur straw atau solid. Jenis straw paling murah, tetapi disebabkan mempunyai ruang udara ia mudah pecah dan kotor di dalamnya (lebih kurang dalam 5-6 tahun) Jika solid, atapnya nipis tetapi padat kerana tiada ruangan udara. Macam mana nak kira? Kirakan panjang dan lebar awning yang hendak dibuat dan darabkan dengan harga yang ditawarkan pengusaha bengkel. Contohnya: Nak buat a

ATAP AWNING METALDECK

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI Pada minggu ini ,Cik Die nak kongsikan  pemasangan atap metaldeck di Sg. Karang ,Kuantan .Jom lihat gambar pemasangan .Pilihan tuan rumah warna atap metaldeck merah serta menggunakan salur air .