Khamis, 29 Disember 2011

KAMI BANGGA

Keratan Sinar Harian
Hasil dari penyertaan kami di Klinik Usahawan Dr Azizan, kami ada memberi komen tentang situasi perniagaan kami selepas itu di facebook Marketing Power. Sungguh gembira kami berdua apabila membaca Akhbar Sinar Harian 11 September 2011, komen kami telah disiarkan di akhbar tersebut.
Kami anggapkan ini juga satu promosi percuma yang telah Dr Azizan berikan kepada kami. Terima Kasih Dr Azizan...
Banyak pencapaian dan perubahan yang kami buat sepanjang 2011. Perniagaan kami makin rancak, bengkel akan sentiasa dikunjungi pelanggan, suami makin sibuk menjawab telefon, membuat kuotation (ukur grille, awning dan sebagainya), bertemu pelanggan hampir setiap malam (terpaksa relakan demi kemajuan perniagaan kami), pekerja pula tak berhenti tugasan (kalau sebelum ini, ada hari kami terpaksa bagi cuti tanpa gaji), kami berjaya bagi bonus kepada pekerja, dan kami berpindah ke rumah baru (buat dua buah rumah simple; satu kami duduk, satu untuk homestay - belum beroperasi) . Saya pula dah berhenti sebagai pensyarah akaun dan menumpukan perhatian kepada pemasaran Roshdi Enterprise.



Rumah tamu akan mula tahun 2012

Matlamat perniagaan kami makin jelas dan sekarang kami sedang memperbaiki kelemahan, tunggakan komitmen dan banyak perancangan hasil dari ilmu yang kami dapat. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan