Khamis, 9 Jun 2011

Panduan Membuat Bajet Gril


Kira Bajet Gril Dan Pagar Rumah Baru

by Rohiah Binti Abdul Jalil on Thursday, 02 June 2011 at 21:33
        Saya nak bagi panduan macam mana nak buat bajet gril bagi yang baru beli rumah. Harganya tentulah berbeza-beza ikut negeri, jenis besi dan kompleksnya rekaan yang dipilih. Secara amnya ada dua kategori gril yang ditawarkan oleh pembekal/ pengusaha bengkel besi. Besi biasa yang terdiri dari besi hollow, string paip, round bar, plat bar. Besi tebal sikit dipanggil wrought iron yang mempunyai gerigi di setiap tepinya. 
        Gril menggunakan besi biasa bercorak petak biasa, besi bulat berpusing (string paip) biasanya di Pahang berharga diantara RM9 - RM12 sekaki persegi untuk tingkap dan RM12-RM15 sekaki persegi untuk sliding door. Cara nak darabkannya, anda kira panjang dan lebar tingkap anda (contoh: 4 kaki x 4 kaki = 16 kaki persegi) dan darab je dengan harga yang diberi (contohnya: RM12 x 16 kps =  RM192 harga satu tingkap) macam tulah juga untuk kira sliding door. Pintu dapur bersaiz 3 kaki x 7 kaki biasanya dalam RM350-RM450).
         Gril wrought iron biasanya untuk tingkap dalam RM12 - RM16 sekps. Manakala sliding door RM20 - RM25 sekps. Biasanya corak bagi gril wrought iron boleh didapati didalam buku katalog yang hampir sama oleh pengusaha bengkel. (Ada dijual di hardware).
         Cara nak kira pintu pagar (gate) pun sama, dan harganya dalam RM18 - RM25 (berbunga) mengikut coraknya bagi besi biasa.  Bagi besi wrought iron sekitar RM35 - RM45 dengan pilihan kayu, aluminium. Sekiranya minat boleh di powder coating (oven) dengan kos RM3-RM5 sekaki.